Pokok Layu Fusarium
Bagi seorang petani atau pekebun, mesti pernah dengar penyakit layu batang, reput batang, layu bakteria. Dan paling ‘famous’ dalam kalangan tanaman pisang, ialah penyakit Moko. Nama biasa dipanggil layu fusarium.
Semua ini penyakit yang sama.
Apa itu penyakit layu fusarium?
Ia adalah penyakit bawaan tanah. Tanam atas medium fertigasi pun boleh kena, apatah lagi atas medium tanah tradisional. Semua tak berkecuali.
Kulat fusarium oxysporum akan masuk melalui akar. Seterusnya ia akan merebak ke dalam batang dan daun di mana spora oxysporum ini akan menyekat aliran air dan nutrien. Selanjutnya daun-daun tanaman akan bertukar layu kekuningan.
Dari situ nama ‘layu’ mendapat tempat.
Jika dibiarkan tumbuhan akan mati. Paling teruk, daripada satu pokok yang terjejas ia akan merebak sehingga tak terkawal ke seluruh tanaman.
Menurut kajian santifik, tanda-tanda layu fusarium:
1. Berlaku pada pertengahan musim penanaman.
2. Kesan nampak bermula pada bahagian pangkal pokok.
3. Daun muda / pucuk muda akan layu dan mati dulu.
Jaga-jaga juga:
1. Virus ini hidup dan kekal bertahun-tahun dalam medium tanah, termasuk ‘cocopeat’ atau sabut kelapa.
2. Tersebar melalui air, serangga perosak, dan peralatan. Jadi kalau dah kena, buang bakar sebelum merebak ke pokok lain.
Bagaimana mahu menghapuskan penyakit layu fusarium ni?
Tak ada satu rawatan yang berkesan.
Hanya, lawan dengan cegah dari awal.
Ingat organik perlu cegah sebelum kena, jaga sebelum kena walaupun pokok tiada penyakit.
Caranya:
1. Tanam varieti benih berkualiti tinggi (biasanya sudah kebal layu fusarium).
2. Rawat medium tanah/cocopeat sebelum tanam pokok.
3. Guna baja nitrogen sebagai vitamin kepada pokok.
4. Kawal populasi serangga secara berkala dan konsisten.
5. Guna racun kulat biologi.
Sekiranya jangkitan masih berterusan, cara terbaik adalah dengan membuang dan bakar seluruh tanaman. Tanam baru, jaga dari mula. Ingat organik perlu cegah sebelum kena, jaga sebelum kena walaupun pokok tiada penyakit.
Siri Penanaman Cili Organik: Rawat Tanah, Anak Pokok & Jarak | Hijau Khidir
4 years ago[…] Rawat tanah penting untuk kesuburan, dan elak bakteria dan patogen, nanti sia-sia saja, tanam-tanam pokok layu, sebab itulah. Kami dah tulis pasal layu fusarium. Baca sini. […]
Siri Penanaman Cili Organik: Proses Meracun (Bakteria) | Hijau Khidir
4 years ago[…] nutrisi dari akar ke bahagian lain ke pokok. Sebab itu dia layu. Kami dah tulis panjang mengenai layu fusarium sebelum […]