4 Langkah Organik Buat Lalat Putih White Flies Insaf

Kutu putih, ada panggil bena putih, ada panggil lalat putih, white flyies pun ada, semua sama saja.

Hobinya seperti kebanyakan serangga, menghisap nutrisi daun. Paling kerap bena putih ditemui di kawansan daun berbanding bahagian lain. Bertompok-tompok dan berompol-rompol putih dibelakang daun, itu kerja mereka.

Lalat ini menganggu jaringan daun, menyebabkan pokok akan layu dan akhirnya mati kerana adanya jelaga hitam yang akan mengusik aktiviti fotosintesis sesuatu tanaman.

Hari ini kami akan ajar anda, langkah organik bukan kimia ya. Kimia selalu orang mati dulu baru serangga. Antaranya yang boleh dilakukan:

 

1. Pelekat kuning

Tips orang lama, jangan letak betul-betul bawah pokok atau dalam kebun. Letak jauh sikit dari kebun, 100, 200 meter dari kebun kita. Triknya, pelekat ini akan menarik white flies ke kawasan sana. Busy main sana, tak jadi singgah kebun kita.

 

2. Ladybugs

Ini kawalan biologi, ladybugs bagus utk menjadikan whiteflies sebagai pemangsa. Biarkan dia berkeliaran dikebun kita, dia akan cari makan dengan makan lalat tak guna ini.

 

3. Racun organik

Ini paling mudah, saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Ingat, konsep penting dalam dunia organik, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sembur konsisten 3-4 hari 1x walaupun tanaman kita sihat. Juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja. Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama.

 

4. Taim

Merupakan herba dengan kegunaan masakan, perubatan, dan hiasan. Dahulu masyarakat mesir guna taim untuk awet mayat, yunani purba pula menggunakannya dalam mandian harian. Kalau anda boleh cari tanaman ini, tanamkan sekeliling kebun, white flies benci aromanya buatnya tak masuk kebun.

 

Ringkasan infografik:

4 organik whiteflies

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search