Lawatan Kebun Ciku, 5 Tips Penanaman Ciku
Pokok ciku adalah tanaman tropika yang tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun. la boleh berbuah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok.Buah ciku memang enak dimakan segar dan amat berkhasiat. la juga diproses untuk jadikan beberapa jenis produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Beberapa tahun lepas, kami ada melawat dusun buah-buahan ciku yang terkenal di selatan tanah air. Pemiliknya, seorang warga emas yang sudah bersara dari dunia pertanian akan tetapi ingatannya mengenai pelbagai jenis buah-buahan kuat masih terpahat.
Kami tiba kira awal pagi juga, sambil dijemput menge-Teh, kami bersembang.
Sambil-sambil mengorek rahsianya lama terlibat ‘mengciku’ ni.
“Pokok ciku ini boleh hidup kat pelbagai tanah, tapi yang paling baik tanah yang ada bahan organik yang tinggi, saliran ok dan pH ok. Subur dia”
“Aku tanam jarak dia bagi 6 meter antara satu, pakai sistem segi empat. Buat macam ini, kalau sehektar tu rasa boleh dapat dalam hampir 300 pokok.”
Kami anggung saja, tanda faham orang lama ajar kita dengar saja.
Setiap tumbuhan mahupun buah-buahan ada teknik penanaman yang tersendiri.
Macam pokok ciku, penyediaan bahan tanaman adalah menggunakan beberapa teknik pembiakan seperti tut dan cantuman haji. Peratus kejayaan bergantung kepada kecekapan dan kemahiran individu mencantum.
“Ciku ni tak susah, cuma perlu jaga dia je, sekali sekala pantau, sekali sekala baja, tapi siram selalu” tambah dia tiba-tiba.
“Pokok ni berbuah lepas tiga, empat tahun, tapi sekali dia bagi tak menang nak kutip”.
“Tapi buah ciku ni banyak klon.. Kat ladang UPM banyak aku pergi tengok hari tu, macam-macam jenis”.
Beliau ada kongsikan tips ringkas penanaman ciku ni, berikut kami kongsikan:
1) Pengairan
Pengairan sangat penting dalam aktiviti pertanian bagi memastikan tanaman kekal subur.
Bila pokok ciku ditanam?
Pokok ciku perlu ditanam pada awal musim hujan agar mendapat jumlah air yang cukup dan
seterusnya dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok.
“Berapa kerap pokok perlu disiram? Bagaimana pula jika musim hujan?”
- Pokok perlu disiram dengan kekerapan dua kali sehari pada peringkat awal pertumbuhan sehingga tempoh empat hingga enam bulan.
- Sekiranya musim hujan, pokok tidak perlu disiram dan boleh mendapatkan bekalan air dengan
sendirinya. - Penggunaan jeli (aquasorb) adalah disyorkan supaya pokok dapat bekalan air yang berterusan.
Tujuan penggunaan Jeli
- Tujuan utama jeli diletakkan di dalam tanah semasa penanaman adalah untuk memegang, membekalkan air secara perlahan-lahan serta berterusan kepada pokok.
2) Kawalan Rumpai
Macam mana nak kawal rumpai yang tumbuh di bawah kanopi?
- Rumpai yang tumbuh di bawah kanopi pokok pada peringkat awal penanaman boleh dikawal dengan cara manual (cangkul) atau racun kimia.
Selain tu, apa alat yang boleh digunakan?
- Penggunaan cangkul, tajak, mesin pemotong rumput boleh digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumpai secara manual dikeliling kanopi pokok.
3) Pemangkasan
- Pokok ciku biasanya menggunakan sistem terbuka tengah bagi membentuk pertumbuhan dahan dan ranting bagi menghasilkan buah yang banyak dan bentuk pokok yang rendang.
Bagaimana pokok ciku dibentuk?
- Pokok ciku perlu dibentuk selepas setahun lepas ditanam dengan memangkas ranting atau tunas yang tidak produktif mengikut kepada keadaan tumbesaran dan pertumbuhan pokok.
Apa tujuan pokok dipangkas dan melakukan penjagaan secara berkala?
- Pemangkasan dan penjagaan secara berkala perlu dilakukan supaya pokok hidup subur dan rendang. Pemangkasan juga dapat mengurangkan serangan penyakit dan serangga pada pokok ciku.
4) Pembajaan
- Baja tumbesaran/daun perlu dibekalkan kepada pokok ciku pada peringkat awal pertumbuhan dengan kadar baja yang bergantung kepada umur pokok, kesuburan tanah dan tumbesaran pokok.
Berapa Kali Penggunaan Baja NPK?
- Penggunaan baja NPK 15:15:15 secara berkala dan teratur dengan kekerapan empat kali setahun adalah disyorkan selepas penanaman didusun.
Penggunaan Baja buah NPK 12:12:17 digunakan selepas pokok mengeluarkan hasil. Baja buah boleh membekalkan sumber zat makanan yang cukup bagi menjamin kualiti buah yang baik dan berkualiti.
- Kalau nak guna organik, kami dah kongsi banyak kali kat sini macam mana nak aplikasi baja organik dengan guna fasa pertumbuhan sebagai pemudahcara, cari dalam website ini.
5) Kawalan Penyakit dan Perosak
Penyakit yang biasa menyerang pokok ciku?
- Penyakit yang biasa menyerang pokok ciku ialah seperti Cendawan angin, Jelaga Hitam dan Penyakit puru.
Bagaimana untuk mengawalnya?
- Ia sangat perlu dikawal dengan menggunakan racun kulat, juga pemangkasan penjagaan pokok.
- Ini pun kami dah kongsi macam mana nak cegah kulat secara organik, kalau mahu tahu cari sendiri dalam laman web ini.
Ringkasan infografik: