Pengurusan Tanah Secara Organik, 7 ‘Ubat’ Bagi Power
Medium yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok ialah tanah. Penggunaan baja dan racun kimia dalam perladangan konvensional telah menurunkan pH tanah dan meningkatkan kandungan garam dalam tanah.
Namun, kerosakan struktur tanah adalah disebabkan pembajakan yang intensif.
Hal ini menyebabkan aktiviti mikroorganisma berkurangan. Manakala, teknik yang sistematik dalam pengurusan tanah secara Natural Farming meningkatkan aktiviti mikroorganisma,cacing dan lain-lain.
Kaedah Natural Farming dalam membaik pulih tanah:
Menggunakan IMO4/IMO5, kompos, sungkupan, penyemburan baja foliar, pembajakan yang minima, green manure dan arang.
1.Penggunaan IMO4/IMO5
Tabur sebanyak 100-120 kg/1000 m2 (0.1 ha) IMO4 atau sebanyak IMO5 200-300 kg/1000 m2 diatas batas dan tutup dengan sungkupan seperti jerami,pokok jagung dan lain-lain. Kami sudah tulis mengenai IMO sebelum ini, baca lanjut di sini.
2.Penggunaan Kompos
Bagi tanah yang bermasalah yang bertekstur lempung berat dan berpasir, penggunaan kompos sebanyak 100 kg/1000 m2(0.1 ha) adalah diperlukan sebagai baja tambahan disamping IMO4/IMO5.
3.Penggunaan Sungkupan
Ini trik orang lama. Sungkupan seperti jerami,pokok jagung dan lain-lain perlu bagi mengawal rumpai dan mengekalkan kelembapan serta menurunkan suhu tanah.
4.Penggunaan Baja Foliar
Semburan FPJ/FFJ pada kadar 1:1000 pada tanah untuk memberi makanan keperluan mikroorganisma dalam tanah. Kami juga sudah tulis mengenai FPJ/FFJ sebelum ini, baca lanjut di sini
5.Penggunaan Green Manure
Jagung atau kekacang ditanam dengan kepadatan tinggi pada kadar benih 20-80 kg/ha. Tanaman yang berumur 3-4 minggu (sebelum berbunga) akan dipotong atau dibajak ke dalam tanah sebagai kompos serta tabur IMO4. Penggunaan teknik ini disyorkan di kawasan tanaman saka sebanyak 2/3 kali setahun.
6.Pembajakan Yang Minima
Pembajakan tanah hanya dibuat sekali sahaja iaitu pada peringkat awal penyediaan kawasan penanaman dan pembajakan tidak perlu dilakukan pada penanaman seterusnya bagi mengurangkan kerosakan struktur tanah yang boleh mengurangkan aktiviti mikroorganisma.
7.Penggunaan arang
Arang dapat meningkatkan pH tanah. Penggunaan dengan kadar 100 kg/0.1 ha disarankan.
Ringkasan infografik: