Pengurusan Tanaman Secara Organik, 2 Tips Asas

Pengurusan tanaman dalam sistem pertanian organik penting untuk memastikan hasil pengeluaran pertanian dalam dioptimumkan. Jadi hari ini, kami ingin berkongsikan beberapa tips pengurusan tanaman organik yang boleh dilakukan penanam.

 

1. Pengairan

Air merupakan sumber yang amat penting bagi membantu tumbesaran pokok. Reka bentuk sistem pengairan yang sesuai dengan kehendak pokok dapat mengelakkan daripada lebihan air.

Pengairan juga memberi kebaikan kepada peningkatan hasil dan mendapat keuntungan.

Melalui kaedah organik ini, air yang dibekalkan ke pokok melalui sistem pengairan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 65% kelembapan di zon akar pokok. Penentuan peratus kelembapan tanah dapat dilakukan dengan 2 kaedah.

Kaedah hand feel tes- Tanah yang dikepal dengan tangan dapat mengekalkan bentuk kepalan.

Soil probe- Contohnya menggunakan tensiometer dan multimeter elektronik.

 

2. Kawalan Penyakit dan Perosak

Kawalan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) dilakukan secara kultura, fizikal, biologi dengan menggunakan biopesticide dan perangkap.

Kawalan Secara Kultura

Kaedah kawalan secara kultura sesuai dilakukan untuk tanaman selingan, tanaman saingan, tanaman rintang, perbezaan masa menanam, pembuangan atau pemusnahan sisa-sisa tanaman atau bahagian berpenyakit, pemusnahan pokok-pokok penumpang liar, penanaman pokok perangkap dan penanaman dalam rumah hijau.

Kawalan Secara Fizikal

Contohnya sungkupan seperti jerami,pokok jagung dan sebagainya.

Kawalan Secara Biologi

Kawalan yang menggunakan mikroorganisma berfaedah seperti arthropods dan musuh semulajadi yang lain.

Kawalan Perangkap

Contoh-contoh perangkap ialah cahaya/lampu, objek berwarna, pelekat/traps, jus penarik dan lain-lain.

 

 

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search