Tips Tanam Anggur, Dari Taman Anggur Perlis

Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.

Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia.

Penanaman anggur di Malaysia dimulakan sekitar tahun 1980 an.

 

Perkara yang akan mengganggu kadar pengeluaran buah anggur?

Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.

Kami ada ke Taman Anggur perlis untuk melihat sendiri jenis -jenis anggur yang terdapat disana.

 

Jenis-Jenis Anggur Yang Ditanam Di Malaysia:

1.IAC

2.Black Queen

3.Black Opal

4.New white Malaga

 

Keperluan asas tanaman anggur

Kami ditegur oleh salah seorang pekerja taman anggur yang ingin dikenali sebagai Cik Mariam. Dia berkata kepada kami “kalau kamu nak tahu, setiap tanaman atau tumbuhan mementingkan keperluan asas dalam penanaman..sama juga buah anggur ni.”

Berikut apa yang dikongsinya:

1.Cuaca

Tanaman anggur memerlukan cuaca panas sepanjang 3-4 bulan untuk penghasilan buah yang manis. Selain itu, anggur akan lebih subur pada keadaan cuaca yang panas dan lebih rintang terhadap serangan penyakit.

2.Air

Untuk keperluan air, tanaman ini sesuai ditanam pada kawasan yang menerima taburan hujan sekitar 800-1500mm setahun. Suhu yang ideal untuk tanaman anggur adalah di antara 23-36°C.

3.Tanah

Anggur sesuai ditanam pada tanah jenis lempung berpasir dan pH tanah mestilah mencapai dalam lingkungan pH 5.5-6.5.

 

Penyediaan Kawasan Penanaman

“Yang keduanya,sebelum nak mula menanam..kawasan tanaman perlu disediakan”kata Cik Mariam

Kalau nak tanam pelbagai jenis anggur, disyorkan bahwa ianya dijalankan di setiap kawasan yang berbeza berikutan daripada kadar tumbesaran dan kaedah penyelenggaraan yang berbeza bagi setiap jenis anggur. Manakala jika ianya diusahakan di kawasan tanah rendah, sistem saliran yang teratur hendaklah disediakan bagi memastikan pokok tidak mati dan menjejaskan pertumbuhan anggur.

“Kalau tanah tu tak sekata..kaedah penanaman apa yang sesuai untuk digunakan?”

Disyorkan untuk menggunakan sistem batas untuk kawasan yang tidak sekata.

 

Penyediaan Benih

“Bagaimana pula cara menyediakan benih?” tanya kami.

Anggur boleh dibiakkan menggunakan keratan batang dan tut. Benih yang diperolehi perlu disemai terlebih dahulu selama lebih kurang 3 bulan sebelum ditanam pada batas.

 

Penanaman

“Kemudian, baru kita masuk ke Penanaman”kata Cik Mariam

1.Untuk memulakan penanaman, batas perlu disediakan terlebih dahulu bergantung kepada keluasan kawasan.

2.Kemudian, lubang akan digali pada jarak antara tanaman dengan ukuran 1.5 x 3m.

3.Sebelum memasukkan benih yang disediakan, lubang tersebut perlu dimasukkan dengan 4kg baja organik dan digaul bersama 115g baja yang menggalakkan pertumbuhan akar.

4.Akhir sekali, lubang tersebut perlu dibiarkan selama seminggu sebelum penanaman dijalankan.

 

Penyediaan Para

“Selepas menanam, para perlu disediakan bagi membolehkan pokok menjalar dengan baik, memudahkan penjagaan dan penuaian.”

 

Pemangkasan

Terdapat 3 jenis tahap pemangkasan iaitu pada peringkat pembentukan tunas, pengeluaran daun dan juga pembuahan.

Pada peringkat pembentukan, bahagian tunas sisi perlu dibuang sehingga 1.8m untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak dan menggalakkan pertumbuhan batang utama. Kebiasaannya pada peringkat tersebut, kayu sokongan perlu disediakan bagi mendapatkan batang tumbuh menegak secara konsisten.

Seterusnya adalah pemangkasan pada peringkat pengeluaran dahan. Pada peringkat ini, pucuk utama perlu dipangkas apabila mencapai ketinggian 1.8m. Tinggalkan 2-3 cabang sepanjang 1m.

Untuk pemangkasan kali ke-2 di peringkat ini, dahan sisi dibiarkan tumbuh sebanyak empat cabang sisi bagi setiap dahan dan dibiarkan tumbuh sepanjang 1m. Pemangkasan perlu diulang sehingga 4 kali.Pada peringkat pembuahan pula, hanya bahagian batang yang berwarna coklat dan matang perlu dibiarkan untuk pengeluaran bunga.

 

Apa tujuan pemangkasan?

Tujuan pemangkasan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran bunga setelah pokok mencapai tahap kematangan.

 

Pembajaan

Dari segi pembajaan, tanaman perlu dibaja setiap bulan dan setiap kali selepas pemangkasan dilaksanakan. Kadar pembajaan adalah bergantung kepada jenis tanah.

 

Keperluan Air

Pokok Anggur tidak memerlukan air yang banyak.

“Kenapa pokok anggur tak perlu air yang banyak?” tanya kami.

“Hal ini kerana, air yang berlebihan akan menyebabkan buah anggur menjadi masam dan Seperti yang sedia kita tahu pokok anggur subur di kawasan yang panas dan kering.” ulas Cik Mariam

 

“Berapa kadar air yang diperlukan?”

Kadar air yang diperlukan bagi sepokok anggur adalah di antara 8-11 liter sehari. Pemberian air akan dihentikan dalam tempoh 1-2 bulan sebelum penuaian dijalankan bagi membolehkan asid dalam buah bertukar kepada gula dan menghasilkan buah yang manis.

 

Kawalan Rumpai

Ingat ya, anda tidak digalakkan menggunakan racun rumpai pada peringkat awal penanaman. Sebaiknya, rumpai ditangani dengan penggunaan mesin.

 

Kawalan Penyakit dan Perosak

Antara beberapa penyakit yang dikenalpasti menyerang tanaman ini adalah seperti antraknos, karat dan kulapok downy.

“Ada cara ke untuk tangani masalah penyakit dan perosak pada buah anggur ni?” tanya kami.

Bagi menangani masalah tersebut, langkah kawalan perlu dijalankan dengan semburan racun serangga, racun kulat, dan baja daun.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search