Wolffia Super Protein, Makanan Alternatif Ternakan Kolam

Pernah dengar wolffia? Meh kami citer sikit pengalaman kenalan kami jana pendapatan dengan usahakan benih wolffia.

Kenalan kami merupakan seorang suri rumah yang kini mengusahakan rumpai wolffia secara sampingan untuk bantu jana pendapatan keluarga.

Siapa sangka bermula dengan dia membeli tumbuhan akuatik Azolla untuk dijadikan makanan ikan peliharaan,dia menemui benih wolffia  iaitu sejenis rumpai terkecil di dunia yang kini diusahakannya bagi menjana pendapatan sampingan keluarga.

“Apa ciri-ciri rumpai wolffia?” kami tanya.

Jika dilihat dengan mata kasar, rumpai Wolffia tidak mempunyai akar dan tidak berdaun dengan ukuran yang sangat kecil berdiameter 0.01 milimeter sahaja dan bentuknya pula seakan-akan bintik tepung jagung yang mengambang di atas permukaan air.

Rumpai Wolffia dahulunya tiada harga namun kini nilainya mampu mencecah sehingga RM240 sekilogram dan RM12 bagi 50 gram.

“Apa yang membuatkan kau nak biakkan benih wolffia ni?”.

Berat benih induk rumpai Wolffia yang ditemui bersama Azolla itu cuma sekitar 100 gram sahaja, jadi saya terfikir untuk membiakkannya setelah mengetahui rumpai ini sangat jarang ditemui dan ia mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi.

“Aku mulakan pembenihan rumpai Wolffia yang pertama kat Johor dengan membiakkannya di dalam sebuah kolam takungan fiber bersaiz sederhana yang direka suaminya.”

“Kini aku dah ada sembilan buah tangki fiber rumpai Wolffia, yang dibiakkan di dua tempat berasingan selain di halaman rumah.” katanya.

 

Modal & Peruntukan

“Aku cuma keluarkan modal kurang daripada RM300, kini aku mampu jana income kira-kira RM2,000 sebulan dengan memasarkan rumpai,bergantung kepada permintaan.”katanya.

“Selain menerima pelanggan setempat, aku turut jual online iaitu menerusi platform e-dagang Shopee.”

“Alhamdulillah..aku pun tak sangka tumbuhan tu dapat permintaan yang tinggi bagi penggemar ikan hiasan macam ikan laga dan ikan gupi yang sekarang ni jadi trend, sehingga tak dapat tampung permintaan.”

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search