“Daun Nenek Tompok-Tompok Putih”, Kaedah Organik Cegah Kulat

Kejadian ini terjadi kira-kira awal tahun ini, ketika sedang berjalan-jalan ke nuseri sekitar Johor, bawa orang tua kami cuci mata, nak cari bunga katanya.

Dibalik timbunan beg-beg spesis tanaman bunga yang banyak tu, ada juga satu dua pokok yang sayuran, banyak juga pokok buahan. Kami perhati saja sekeliling. Tak lama kemudian datang seorang wanita tua, lihat seperti nenek muda.

Tiba-tiba dia menyapa, “Dik ini berapa?”.

Dia sangka saya kerja situ agaknya, kami pun beritahu dia kami pembeli disini.

“Oh ya ke, maaf ya, nenek ingat….” dia sambung bersembang, tapi fikiran kami dah kelain dah, muka aja senyum melayan. Mungkin dia nak tutup malu agaknya, itu yang ajak bersembang pulak.

“Nenek haritu ada tanam pokok anggur, daunnya tompok-tompoklah.” katanya.

Kami pun ceritalah ke nenek tu, kami sebenarnya ada juga buat tanam-tanam ni, kongsi sikit tips ke dia kenapa daunnya jadi begitu.

 

DAUN TOMPOK-TOMPOK PUTIH

Bergantung kepada jenis pokok juga, tapi kebanyakannya tompok putih ini berpunca daripada kulat. Mat Salleh selalu panggil powdery mildew. Punca lazim bagi penyakit tompok daripada musim hujan atau medium lembab.

Apabila medium/tanah terlalu lembab, kulat akan membiak di sistem tanaman dan merebak pantas.

Penyakit ini tidaklah akan membunuh pokok, tapi akan mencuri.

Pokok yang terkena akan dicuri nutrisi bajanya oleh kulat ini, sumber air tanaman juga akan sama akan dicuri. Jika jelas, pembaziran akan berlaku, kesan keberkesanan baja juga akan tidak kelihatan pada tanaman.

 

ORGANIK MELAWAN KULAT

Ringkas cara untuk mengatasi masalah ini:

1. Tingkatkan pengudaraan – mungkin cantas daun/dahan yang terlalu rimbun supaya udara boleh masuk sekitar tanaman

2. Lebihkan cahaya matahari – sama seperti diatas, agar spora kulat tidak mudah membiak

3. Aplikasi racun organik sesuai – Cuka kayu, semambu dan baking soda

 

Ringkasan infografik:

cara cegah kulat pada daun

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search