‘Sayur Import Yang Penuh Racun’, Mari Tanam Sendiri

Dulu pengalaman kami, banyak kami lihat perkara ini. Menurut laporan, Malaysia mengimport RM58 billion makanan dari luar.
Data dulu tunjuk kononnya penanam tempatan tak boleh tampung permintaan. Contohnya cili ‘terpaksa’ diimport dari China, Thailand dan lain-lain.
Alasannya, penanam tempatan tak nak tanam. Hakikatnya tipu. Anda pergi ke lapangan, pergi tanya pekebun, kenapa mereka tak tanam.
58 bilion bukan sikit. Siapa pemegang permit lesen? Mereka kawal pasaran. Ikut suka mereka nak bagi naik harga ke, nak bagi murah ke.
Penanam hanya orang yang ditekan dalam kitaran ini.
Ramai minat nak tanam ke tak ramai ke, sama saja, semua bawah kawalan. Akhirnya, yang pegang lesen pegang harga, itu permainannya.
Fikir kami reka cerita ke? Cuba jawab sikit kes kartel daging import yang dah berada dalam pasaran Malaysia sejak 1980an lagi.
Apa cerita ni?
..
Isu kepada pengguna bukan apa geng-geng ini nak buat, tapi sayur import yang dibawa masuk.
Penuh racun. Sedangkan ladang kat sini pun 98% guna racun sintetik kimia. Apa lagi sayur import yang dibawa masuk.
Lagi tinggi racun.
..
Jadi akhirnya apa yang paling selamat bagi kita sebagai pengguna? Tanam sendiri. Pasti terjamin keselamatan makanan yang kita makan.
‘Susah ke nak tanam sendiri? Saya kerjalah, mana ada masa.’
Tak susah pun. 30 min sehari pun dah ok. Setakat nak tanam sayur tu, mudah sangat, tanam, nak tunggu je pun boleh.
Nak bagi lebat tu, hasil banyak sikit bolehlah jaga dengan lebih teliti.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search