Pembajaan Perlu Sesuai Fasa Tanaman
Pening nak pilih baja?
Meh kami kongsi cara tepat dan termudah pemilihan baja. Kalau anda tanam skala besar pun, cara ini dapat menjimatkan kos penanaman.
..
Caranya, anda perlu tahu tanaman anda berada di fasa mana.
Lakukan saja kajian sedikit di internet untuk tahu tempoh tanaman.
Contoh pokok cili, perlu 3-4 bulan sebelum menuai hasil.
Bahagikan kepada tiga secara kasar.
..
Yakni, bulan 1 hingga 2.
Bulan 2 hingga 3.
Dan bulan 3 hingga 4.
..
Bulan 1 hingga 2. Fasa ini, beri baja berunsur daun.
Atau nama lain dilabel produk ada unsur Nitrogen.
..
Bulan 2 hingga 3. Fasa ini, beri baja berunsur akar.
Atau nama lain dilabel produk ada unsur Phosphorus.
..
Bulan 3 hingga 4. Fasa ini, beri baja berunsur bunga/buah.
Atau nama lain dilabel produk ada unsur Potassium
..
Mudah bukan? Cari tempoh tanaman anda sekarang dan selamat mencuba!