Bunga Tunera Sistem Pertahanan Biologikal Organik

Sebelum ini kami anda berkongsikan mengenai sistem sempadan dalam penanaman organik secara ringkas. Penanaman organik tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan racun semata-mata. Sebaliknya, ianya perlu menyeluruh dan holistik. Penggunaan sistem-sistem seperti ini mampu meningkatkan lagi keberkesanan penanaman organik yang dilaksanakan.

Pada kali ini, kami akan kongsikan membuat sistem pertahanan secara biologikal.

Konsepnya mudah, kita menanam bunga. Daripada bunga, akan tertariknya tentera-tentera semulajadi penjaga kawasan. Kelulut anda contoh baik yang boleh menjaga tanaman kita daripada serangan serangga perosak.

Sebab itu, tak perlu sebenarnya racun kimia. Penggunaan racun kimia hanya akan membawa bala baru serangga perosak pada musim musim mendatang. Kerana, menurut kajian, serangga ini akan beradaptasi dan berevolusi. Contohnya, kita boleh lihat pada spesis nyamuk. Mereka sentiasa berevolusi. Dulu-dulu, buka kipas laju pun sudah memadai, lama-lama mereka beradaptasi. Generasi seterusnya mampu terbang pada kadar angin yang lebih laju, kesannya, kini nyamuk pun tak heran jika taufaun lalu, dia terbang elok saja.

Begitulah analogi penggunaan racun kimia. Datang generasi baru, mereka akan kebal dan tidak lut pada bahan racun kimia yang sebelumnya berkesan pada mereka. Kenalan kami ada kata;

“Last-last bukan serangga yang mati, pekebun mati dulu, kena kanser sebab racun kimia!”

Inilah realitinya. Berhenti guna racun kimia! Guna organik. Racun organik. Dan aplikasikan bersama sistem pertahanan seperti ini.

Berbalik kepada sistem pertahanan biologikal. Kita perlukan spesis bunga untuk menarik serangga penjaga kawasan yang baik seperti kelulut. Apa-apa spesis bunga sudah memadai. Tetapi, jika dinilai dari sudut ekonomi, kecepatan kadar pertumbuhan, bilangan bunga dan lain-lain, para pengkaji mencadangkan beberapa jenis bunga yang spesifik. Antaranya, TUNERA!

Tunera Subulata Kawal Serangga Organik

Tunera Subulata Kawal Serangga Organik

 

Tanamkan spesis bunga ini sekeliling tanaman yang hendak dijaga. Seolah-olah ianya bertindak sebagai pagar yang mengelilingi tanaman kita. Anda akan kagum bagaimana ianya akan menarik serangga baik yang akan menjaga tanaman kita. Serangga ini akan memakan, atau orang panggil bertindak sebagai pemangsa kepada serangga jahat lazim yang merosakkan tanaman kita seperti kutu trip, afid, hama, lalat buah dan lain-lain. 

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search