1 Kolam 5 Angka, Matematik Potensi Ternakan Ikan Tilapia

Ikan air tawar seperti Talapia sering mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana ikan air tawar lebih mudah untuk dijaga. Ikan Talapia merah paling banyak diternak berbanding Talapia Hitam oleh pengusaha-pengusaha kolam air tawar.

Bagi penternak yang baru memulakan aktiviti penternakan Ikan Air Tawar sebagai sumber ekonomi,mereka cenderung memilih menternak Ikan Talapia disebabkan Ikan ini mempunyai proses tumbesaran yang cepat tanpa perlu menunggu dengan lebih lama.

Justeru itu,pada bulan lepas saya ke Lenggong Perak bagi melihat sendiri lokasi penternakan Ikan Air Tawar terbesar yang sesuai untuk pelbagai spesies ikan bernilai tinggi.

Berikut antara tips yang penting untuk diaplikasikan dalam ternakan Ikan Tilapia:

1. Penyediaan Tapak Kolam

Pertama sekali,para penternak perlulah menyediakan tapak kolam

Modal Bina Kolam Ikan Air Tawar Jenis Tanah - Ternakan Ikan

Air: Air yang sesuai untuk ternakan Talapia, air sungai,mata air atau tali air

Kolam: Bentuk muka bumi yang landai dan jenis tanah liat. Kedalaman 4-5 kaki.

 2.Jenis Baja 

Baja: Baja Fostat dan Baja Nitrogen. Ditaburkan ke dalam kolam dan dibiarkan selama dua minggu sebelum sesi pelepasan benih dijalankan. Untuk menyuburkan kolam ternakan.

3.Uji Kualiti Air

Ujian kualiti air perlu dilakukan sebelum sesi taburan benih dan mesti mengikut spesifikasi yang ditentukan.Secara umumnya, spesifikasi yang dititikberatkan adalah kadar oksigen terlarut, karbon dioksida, pH, suhu air dan ammonia.

4.Pelepasan Benih Talapia

Pelepasan Benih Ikan Talapia Merah Ke Dalam Kolam Kanvas - YouTube

Pelepasan benih Talapia dianggarkan bagi satu kolam adalah antara 3000-5000 ekor talapia. Namun begitu, ianya bergantung kepada saiz kolam ternakan. Sekiranya keluasan kolam adalah kecil, kira-kira 1000 ekor talapia sudah memadai.

5.Pemakanan Talapia

Makanan ikan talapia pallet pengapung | Lazada

Bagi spesies Ikan Air Tawar, terdapat dua jenis cara pemakanan untuk ikan talapia ini iaitu pemakanan secara semulajadi dan secara tambahan.

Bagi pemakanan semulajadi, biasanya talapia akan makan lumut, plankton dan tumbuhan air. Penternak juga boleh menyediakan makanan tambahan seperti dedak kacang tanah, kelapa dan soya.

6.Penuaian

Penuaian boleh dilakukan apabila talapia sudah cukup besar dan matang tempoh tumbesaran.

Kadar tumbesaran ikan talapia boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan. Manakala harga pasaran untuk 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg, benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor

 

Cara Penuaian

Terdapat dua cara penuaian iaitu secara sebahagian atau secara keseluruhannya. Secara sebahagian adalah dengan menjala dan pukat tarik.

Manakala secara keseluruhan pula adalah dengan mengeringkan kolam.

Matang 6 Bulan, Harga Mencecah RM15 Sekilogram – TIPS Dan Potensi Ternakan Ikan Talapia Merah – Rentas Asia

Anggaran kasar pendapatan penternakan talapia ini boleh mencecah sehingga RM6,000 sebulan dengan benih sebanyak 1,500-1800 benih ikan talapia bagi 1 kolam.

Bayangkan sekiranya ada sehingga 10 kolam? Pendapatan kasar boleh mencecah RM60,000 SEBULAN.

Jangan bising memang ini matematik atas kertas memang cantik. Buat apa-apa pun akan ada ujian. Jadi tugas andalah nak jadikan matematik ini berjaya atau tidak.

 

Ringkasan infografik:

matematik potensi ternakan tilapia

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search