Cocopeat Si Sabut Terlebih Pujian
Tulisan berikut adalah pandangan dan pendapat penulis saja, dipersilakan untuk tiada setuju jika perlu.
Teringat pengalaman saya ketika mula-mula hendak mula menanam.
Semangat betul ni, benih dah siap semai. Cantik…
Sementara tunggu anak pokok nak besar tu, kita sedia medium jap.
“Halo bosskur, sy nak beli cocopeat, berapa polibeg blh dpt 1 guni”
“Blh2 bos, 1 guni blh dapat 8-10 beg”
“Wauu, sy jadi beli, bila blh hntr?”
“Esok2”
….
Tunggu punya tunggu, dah tulat tak hantar lg….Lps tulat apa, entah la, lepas tulat, taukeh cocopeat call.
“Ha boss, cocopeat sudah ready dlm lori petang kita smpi, tapi beg tak dapat 8-10, dpt 4-5 je 1 guni”
Kau rasa? Cancel ke beli.
Naik la lori ko, pusing2 bandar, tak nak saya beli.
Haram jadah btol, dah la delay lepas tu menipu pulak tu.
Betul tiga abdul anak saudagar penipu!
Hahahaha…
…..
Saya pun cari la supplier lain, jumpa plk si aane. Anee bila blh hntr.
“Minggu ni lori jalan, u tunggu”
2 minggu saya tunggu, deposit dah bayar, last tak jalan2.
Lagi seekor haramjadah, hahaha…
…..
Akhirnya saya putus asa nk pki cocopeat.
Ada hikmahnya Allah nak tunjuk tu. Dlm rasa frustration projek tergendala tu, saya pun kaji.
Kaji punya kaji, la kenapa org pki cocopeat sbgi medium ni.
Ya, memang ada kelebihannya yg tersendiri, tapi pada hemat sy lps sy tanya otai2, lakukan kajian.
Banyak lagi medium yg lebih baik. Saya jumpa tanah.
Akhirnya sy guna tanah.
Cuma satu kelemahannya, berat. Takpe saya sado, org lembik jangan! Gurau je, hehe…
Jika dibandingkan tanah dengan sabut, tanah lebih baik (pendapat sy saja, tak setuju takpe).
Antara sebabnya;
Pertama; nutrisi semulajadi- tanah ada, sabut takada
Kedua; harga- tanah lebih murah, sabut mahal
Ketiga; ketahanan pokok- tanah lebih kuat, sabut mudah lentur kena angina
Keempat; jangkahayat pokok- tanah lebih lama, sabut singkat
Tapi tidak dinafikan, cocopeat adalah ringan, boleh penyimpan air yg baik, penyimpan nutrisi yg baik. Sebab itulah pertanian ini seperti seni, seperti kata org no rule in art, mungkin saya serik dgn penjual sabut, mungkin…
Tidak jugak, saya lebih suka kejadian asal pokok diatas tanah dgn nutrisi semulajadi. Lebih alami org kata, sekian.
Psst: nak pki tanah tu kena ada ilmu, kasi rawat dulu tau. Baca post sy yg lama mengenai rawatan tanah cara mudah tanpa bajak/mesin.
Testymo
4 years agoThis is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?
Mike Smythson
4 years agoYes sure!
Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.