Polimik Petani, Peraih & Pemborong Dulu Kini Selamanya

Saya keluar pagi ini. Saya lawan kata gomen hari ini jer, hihihi…

Ketika saya berjalan ke pasar pagi hari ini. Telinga saya tercuri dengar perbualan penjual disitu.

 

Saya yakin mereka juga mungkin petani merakap penjual dlm masa yg sama. Kata mereka…

“Apa mcm harga minggu lps, ada bagus ka?”

“Mcm itu la, kejap naik kejap turun, mujur ada masa jual sendiri”

“Kalau tolak peraih, memang makan hati la jawabnya”

 

Ada benar luahan hati mereka ini.

Hidup menjadi ini sama seperti nakhoda di tengah laut.

Kalau nak cepat kena hadap ombak tinggi. Tapi, jgn tinggi sgt, takut kapal terbalik.

Lihat pada kemampuan, modal, masa, sbginya. Kerana setiap org berbeza. Ada yg lebih cepat mengalah berbanding yg lain.

 

Teringat saya ketika saya sertai kursus pertanian dulu.

Nasihat si penceramah.

“Pertanian kadang2 spt dam haji, perlu bijak cari masa, perlu bijak jual”

“Sampai masa kita mkn double trouble terus naik haji”

 

Awal dulunya saya kurang faham, bila 5-6 bulan sy menceburi bidang ini, baru sy nampak maksud yg cuba penceramah itu sampaikan.

Ianya asas pemintaan dan penawaran, kita kena lihat bila sesuatu harga pasaran itu tinggi, situ kita ambik peluang.

Bila harga rendah, kita kurangkan risiko.

Tika harga rendah, kita kurangkan baja, kurangkan penjagaan yg begitu teliti, sebaliknya fokus kpd pemasaran, fokus pada penghasilan produk hiliran, byk lagi kaedahnya.

Ada baiknya juga jangan kita letak semua telur dlm satu bekas, pelbagaikan. Bila kita hanya menanam cili 10k beg sbgi cth; kita sangat mendedahkan diri kpd risiko. Lihat bagaimana petani yg membuang sayuran mereka ketika musim covid. Sebaiknya pelbagaikan  spt 2k beg cili, 2k timun, 2k terung, 2k kacang pjg, etc. Kerana sekala yg kecik lebih memudahkan jualan runcit dan logistik dilakukan. Jika pemborong tak nak ambik, kita masih blh ikhtiar sendiri. Memang susah tapi sekurang2nya blh usaha, cuba bygkan kalau 10k beg cili tu sangkut, berapa tan anda nak proses sehari, tgk nombor pun sudah lemah semangat!

 

Tapi paling mudah, kita rancang dulu, bila jangkaan harga akan naik?

Ketika itu kita pulun.

Ada yang mungkin kurang faham, tak mengapa. Mari masuk sektor ini.

Anda akan mula faham sedikit demi sedikit.

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

2 Comments

  • Testymo
    4 years ago Reply

    This is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?

    • Mike Smythson
      4 years ago Reply

      Yes sure!
      Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search