Untuk Petani Baru: Tanam Cili Tak Mudah, Jangan Putus Asa, Jalan Terus

Cuaca gelap saya hari ini, sama macam mula2 pengalaman saya tanam cili. Hahaha

Bukan apa saya nak share input skit lepas saya terbaca artikel lama di Metro, kisah seorang janda buat duit dengan cili. Hebat janda ni, warrior, musim pertama dapat RM30k. Katanya, “jaga cili sangat mudah, cuma pantau je sebab dah ada sistem fertigasi ni buat kerja kita, sebab tu saya pilih tanam cili sebab mudah…”

HAHAHAAHA…

Saya ni nak kata kursus pergi tak, dah pergi, tapi…. Research kat internet pun put effort 100%.

Tapi tak jadi juga kenapa, betul la rezeki, ujian Allah nak bagi. Corner la celah mana pun, kalau tak dapat, tak dapat jugak. Cabaran dan masalah memang aka ada, dah memang lumrah hidup agaknya.

 

Hari ini saya buka buku. Saya ada buku, saya tulis semua masalah dan cabaran yang saya hadapi. Mungkin bagus untuk rujukan masa bagi musim2 depan.

Dulu mula2 saya nak cebur dalam pertanian ni, saya terus nampak cili. Rasa salah kot utk bdk baru.

Banyak lagi tanaman yg lebih mudah utk budak baru.

Cili ni dia manja, sangat senang kena penyakit.

Saya meracun ikut jadual MARDI 3 hari sekali pun kena juga penyakitnya. Kat situ saya faham, kadang bukan masalah serangga, tapi kualiti benih tu memang tak bagus.

Yela, cuba tengok saya tanam satu beg ada yg dua pokok, tp satu kena mozek, satu sihat subur.

Bukan masalah serangga utk kes ni, tp masalah benih tu sendiri dari awal.

Itulah yang saya belajar, jgn sayang pokok, kalau nampak xelok terus buang dari awal, dlm masa yg semai lain, sampai masa cabut buang!

Ya, cabut buang! Tapi ramai tak nak dengar mcm ni.

SEMAI LEBIH, CABUT BUANG YANG ROSAK. Itu cara paling senang, kalau nak rawat, makan kos, makan masa, makan tenaga, makan mental, semua makan….

Oh ya, cakap pasal buka masalah, banyak cabaran yg saya tulis. Antaranya supplier cocopeat buat durjana, pembekal baja masalah, kerinting, mabuk daun, baja meletup mcm bom, polypipe leaking. Nampak ini semua saya hadapi, sapa kata tanam cili senang. Ini dah pergi kursus tau, dah bt research tapi kena juga, hahaha….

Nak tanam boleh, tapi hati kena kental kalau first time. Sbb tu saran saya bdk baru, tanam lain dulu, banyak lagi yg lebih senang,

Yela….

Bdk baru cpt patah semangat, nanti kalau buat dah tak jadi dah lari KL balik cari kerja lama.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

3 Comments

  • A WordPress Commenter
    5 years ago Reply

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

  • Testymo
    5 years ago Reply

    This is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?

    • Mike Smythson
      5 years ago Reply

      Yes sure!
      Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search