Kerinting & Mozek, Pokok Cili Pun Pergi Salon

Menanam cili dan membesarkannya susah. Mahu menjaganya supaya dapat mengeluarkan hasil yang optimum dan menjana keuntungan banyak, ni yang sedikit ‘tricky’.

Cili sinonim dengan penyakit kerinting daun. Penyakit ini memberi kesan kepada tumbesaran pokok. Pada masa yang sama produktiviti penghasilan cili akan berkurangan. Jika dibiarkan, ‘output’ buah cili tak sepadan (rugi) dibandingkan dengan kos penanaman.

2 faktor cili jadi kerinting;

1. Baja yang berlebihan.

2. Serangga perosak membawa virus.

Apabila baja sintetik NPK diberi secara berlebihan, akan berlakunya kelebihan nutrisi.

Ini menjadi kegilaan dan parti liar buat serangga. Serangga sangat suka daun-daun pucuk yang terlebih nutrisi, bak makanan mewah buat mereka.

Serangga seperti semut, thrips, hama dan aphid ini mampu menjadi perumah kepada virus CMV (Cucumber mozaic virus). Nama lain mozek.

Virus ini akan menjadi punca penyakit kerinting daun cili. Serangan virus ini menyebabkan pokok tak dapat menyerap nutrien yang diperlukan.

Ubatnya ada dan tiada, jika kerinting sahaja dan daun masih hijau, masih boleh dirawat. Jika sudah kena keriting mozek tiada ubat, bakar dan buang kerana akan merebak. Tanda mozek daun kerinting berbatik kuning.

Cara mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan aktiviti semburan racun secara berjadual dan kerap.

Jika mahu gunakan konsep organik, perlu pastikan racun dipelbagaikan dan disembur secara konsisten 3-4 hari 1x untuk elakkan serangga beradaptasi dan lali.

Juga perlu cegah sebelum kena, yakni sembur racun berkala walaupun pokok sihat walafiat, bukannya dah kena penyakit baru nak sembur.

Jangan sembur cincai-cincai. Semburan perlu menyeluruh atas daun, bawah daun, batang dan medium. Serangga suka berkoloni dan menyorok terutama di bawah daun. Redup, tidak terlalu panas, dan jarang diganggu.

Ringkasan infografik:

ubat-cili-kerinting-mozek-pergi-salon

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search