Kenali Asas Penyakit Bawaan Tanah, Panduan Umum
Tahukah anda, setiap pekebun menganggap bahawa mereka telah melakukan aktiviti tanaman dengan betul akan tetapi masih saja tanaman diserang penyakit, terbantut bahkan mati. Siapa saja yang mahu tanaman mereka mati?
Ketika kami mula berjinak-jinak, kami ada menghadiri kursus di Institut Pertanian mengenai penyakit bawaan tanah.
“Tuan, selalunya apa yang menyebabkan serangan bawaan tanah ni?” ujar kami.
Katanya mereka,
“Penyakit bawaan tanah ni disebabkan mikrobes yang ada dalam tanah. Ramai tak perasaan kerana benda ini tak dapat lihat dengan mata kasar.”
Tambahnya lagi,
“Ada 3 agen yang sebabkan penyakit.Antaranya, patogen. Perumah daripada tumbuhan dan keadaan persekitaran itu sendiri yang sebabkan tanaman terkena penyakit.”
Jenis Penyakit Bawaan Tanah
1.Kulat
Paling biasa. Reput akar. Patogen menginfeksi akar hingga menghalang pengambilan aliran air dan nutrien melalui tumbuhan.
2. Batang, kolar dan mahkota(crown)
Gejalanya juga serupa dengan reput akar tapi reputan bermula di atas garis tanah jadi lebih mudah kita nak kesan dari peringkat awal.Patogen yang biasa juga menyerang Phytophthora, Rhizoctonia, Sclerotinia dan Sclerotium.
3. Layu
Fusarium oxysporum dan Verticillium spp menyebabkan tumbuhan layu walaupun air cukup.
4. Penyakit dampling-off
Menjejaskan anak benih muda. Ia disebabkan oleh kulat Pythium,Phytophtohra,Rhizoctonia dan Sclerotium rolfsii.
5. Nematod
Nematod ialah cacing tak terkawal dengan badan bulat dan mata di kedua-dua hujungnya. Nematod ada yang baik ada yang tidak baik. Jenis berparasit, akan memakan dalam akar. Menyebabkan pembengkakan dan akar jadi lebih pendek.
Cara Mengatasi Penyakit Bawaan Tanah
Paling mudah menurut pakar di sana katanya, jika nak lawan mikrobes ini dengan mikrobes juga. Selain dari faktor kebersihan sekeliling kebun.
Lazimi budaya perawatan tanah dan penggiliran tanaman, sebenarnya itu jugalah konsep penanaman organik yang sebenar. Organik menggalakkan kesuburan tanah berbanding kesuburan pokok. Kerana, medium yang sihat asas kepada tanaman yang kuat, tahan penyakit dan sihat.
Sebab itu saintis mencipta baja sintetik kimia, awalnya untuk mengatasi ketidaksuburan pokok. Puncanya dari tanah, mereka cuba mencipta jalan pintas untuk tanaman akses kepada nutrisi dengan mengesktrak nutrisi secara kimia dan makmal. Sebab itu, baja kimia tidak menyuburkan tanah, ianya menyuburkan pokok melalui jalan pintas. Baik ke tidak? Anda nilai sendiri. Akhir kata, jika ingin dapatkan sebarang produk organik bagi penanaman, boleh terus ke Shopee kami dibawah nama Hijau Khidir, klik sini untuk lihat.
Ringkasan infografik: