Sebotol Madu RM50 – Potensi Pendapatan Madu Kelulut

 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracicaHeterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak seputih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Madu kelulut antara produk agro yang berpotensi untuk dikembangkan.

Seorang penternak sekurang-kurangnya hendaklah mempunyai 30 sarang bagi permulaan penternakan madu kelulut.

Jika hendak menternak madu, anda perlu arif mengenai penjagaan serta amalan penanaman sekitarnya. Hal ini dapat mengoptimumkan penghasilan madu kelulut.

 

“Berapa banyak tuaian madu yang boleh dihasilkan untuk sebulan?”

Setiap tuaian madu kelulut bagi satu koloni hasilnya dianggarkan sebanyak 250 gram sebulan. Sekiranya musim bunga dan buah, hasil madu boleh meningkat sehingga 2 kilogram.

Kedudukan ladang ternak kelulut sebaiknya berhampiran dengan kebun bunga atau buah bagi memudahkan lebah mendapatkan sumber pemakanan.

 

“Apa jenis spesies lebah kelulut yang popular?”

Terdapat dua spesies lebah kelulut yang popular untuk diternak antaranya Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica yang berbeza segi saiz dan warna.

Empat faktor perlu dititik beratkan sebelum memecahkan koloni.

Empat kriteria penting perlu dipatuhi iaitu perlu ada lebah jantan, sel telur ratu (lebih besar saiz telurnya berbanding sel telur lebah askar), koloni matang (lebih 18 tingkat sarang) dan dilakukan ketika musim buah atau bunga.

 

“Apa yang biasa digunakan oleh penternak sebagai sarang lebah?”

Kebiasaannya, penternak menggunakan blok kotak sebagai sarang lebah. Sarang tersebut perlu diletakkan di kawasan yang redup.

Elakkan menuai ketika musim hujan, kerana ianya akan melambatkan tempoh pemprosesan madu. Hasil madu dianggarkan boleh dijual dengan harga RM50-RM100 sebotol mengikut cara dan tempoh pemprosesannya.

Bagi yang berminat untuk belajar menternak madu, anda digalakkan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Mardi atau Jabatan Pertanian bagi mendapatkan penerangan yang lebih terperinci.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search