Geramnya! Cara Nenas Dalam Pasu Bunga, Dijamin Berbuah

Seumur hidup, kalau anda tak makan buah-buahan pasti rugi, terutamanya buah durian, nenas, betik, tembikai dan lain-lain.

Rugi sebab apa? Ianya mengandungi banyak vitamin dan amat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Hari ini kami ingin kongsikan tips cara senang nak tanam nenas dalam pasu bunga, tidak perlu tanah atau kebun yang luas, jika sekadar untuk suka-suka ataupun makan sendiri. Tanam sendiri saja.

Bagaimana caranya?

Pertama sekali sebelum anda boleh menanam, anda mesti memilih saiz pasu yang bersesuaian dengan tanaman.

1.Pemilihan saiz pasu yang berukuran lebih kurang 11 inci lebar dan 9 inci panjang supaya akar dapat luas mencari makanan dan tanah tidak cepat kering.

2. Media tanah cadangan adalah 70% tanah kompos/topsoil, 20% cocopeat dan 10% sekam padi dan gaulkan semua sama rata. Kalau tiada, apa-apa pun boleh, cuba jaya. Gunakan baja kimia unsur NPK 15.15.15 untuk tumbesaran pokok. sekali sekala diselang seli dengan baja foliar atau cecair.

3. Nenas MD2 dikatakan lebih manis seperti madu, lebih tahan lasak dan tidak cepat rosak selepas masak atau berair walaupun lebih seminggu terbiar. Lagi satu, daun nenas md2 tidak berduri dan senang untuk merumput.

4. Sebelum menanam, buka daun di bahagian bawah akar supaya akar cepat keluar dan daun cepat membesar, jika tidak pertumbuhan terbantut kerana akar lambat keluar.

5.Penyiraman hendaklah dilakukan bergantung pada kelembapan tanah dalam pasu, jangan terlalu lembap dan kering. Pastikan pasu atau pokok nenas terkena sinaran cahaya dari pagi hingga ke petang untuk mendapatkan kualiti buah yang berkualiti dan manis.

6. Nenas yang terlindung pada cahaya matahari dan tumbuh di bawah pokok mempunyai kemanisan yang tidak berapa tinggi atau tawar berbanding di bawah sinaran matahari.

7. Jangka masa nenas mengeluarkan buah adalah sekitar 10 bulan, manakala nenas akan masak sekitar 3 bulan.

 

Nak tanam kalau takde tanah, dekat pasu pun boleh tanam. Dah takde alasan sekiranya kita tak mencuba.

Semuanya bergantung pada kita sama ada hendak atau tidak hendak dan rajin atau tidak.

Ringkasan infografik:

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search