Trivia Pertanian & Penanaman Organik: Benih GMO

Buat yang tak tahu, sekarang teknologi sangat maju. GMO ini antara yang diramal sebagai masa hadapan dalam industri pertanian. Apa itu GMO?
..
Mudahnya, GMO ialah pengubahan genetik secara terus ke DNA. Sekarang mereka cuba buat benih pokok yang diubah DNA nya. Kesannya, tanaman akan lebih kebal dan rintang penyakit, peningkatan hasil serta lain-lain.
..
Banyak juga yang tak setuju. Banyak isu, sebab antara contoh, seperti kawalan rumpai akan menjadi sangat sukar, jika DNA asalnya dah ditukar dan ditambahbaik melalui GMO, sudah tentu akan menyukar ekosistem dan rantaian persekitaran. Boleh banyangkan anda nak menebas lalang belakang rumah yang lebat, tebal, degil, kalis racun? Sekarang ini pun dah berpeluh dah, apa lagi kalau GMO punya??
..
Contoh lain, seperti biji benih soya, permintaan tinggi memaksa keperluan memanipulasikan soya di dalam makmal, benda ini banyak pada minuman soya di dalam tin, makanan bijirin, minuman soda. Ini bahaya secara tidak sedar. Perubahan genetik secara terus boleh memberi kesan terhadap manusia seperti alahan protein, kanser, alergik dan meningkatkan paras toksin.
..
Namun, ada juga benih yang dipanggil Hybrid. Ianya juga lebih tahan rintang penyakit, hasil lebih baik, jika banding generasi tanaman yang asal. Hybrid lebih selamat kerana pembenihaan hybrid masih boleh terjadi secara semulajadi hasil pemdebungaan dan kahwin silang antara tanaman.
..
Oleh itu, jaga-jaga dalam pembenihaan benih, kekalkan se-organik mungkin dalam amalan kehidupan anda.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search