Trivia Penanaman Organik: Pokok Susah Menjadi?
Banyak yang mengadu tanaman tak menjadi.
..
Tips termudah tanaman menjadi adalah dengan menyemai lebih beberapa benih pokok. Berdasarkan pengalaman kami, setiap musim pasti ada saja tanaman yang rosak. Tidak kiralah anda jaga ianya bertapa cermat sekali pun!
..
Purata 5-10% tanaman memang akan tidak menjadi. Samaada tanaman berpenyakit, terbantut, dan lain-lain. Lumrah. Banyak faktor yang menjadi punca. Paling umum, pokok ini berasal dari benih induk yang tidak berkualiti.
..
Bermaksud, pokok asal yang benihnya diambil berpenyakit atau tidak berkualiti dan keturunannya akan mewarisi sama seperti induk asal pokok terbabit.