Alternatif Racun Organik Membunuh Bagi Ulat & Kumbang
.
.
99% racun organik hanyalah bersifat pencegahan dan kawalan. Hanya segelintir kecil saja racun organik yang boleh membunuh. Setakat dapatan kami, dengan penggunaan mikrobes berspesis bacillus.
..
Bacillus Thuringiensis atau BT. sejenis mikrobes tanah. Ianya organik dan tidak mendatangkan kesan kepada manusia mahupun haiwan. Yang terkesan hanya spesis ulat dan kumbang.
..
BT. ini akan membuat protein yang mengandungi toksin kepada sasaran spesis serangga. Ulat kumbang, larva, ulat bulu, ulat bungkus, kumbang tanduk, dan sesetengah lebah madu akan terkesan (bergantung kepada jenis BT. digunakan).
..
Racun ini hanya akan menjadi apabila protein yg dibuat BT. dimakan oleh serangga sasaran. Selagi ianya tidak dimakan, serangga tidak akan mati.