Realiti Peternakan Ayam Mak Cik Kiah

Saya ada sedikit cerita pasal seorang peternak ayam. Peternakan ayam ni cerita sembang kedai kopi memang mudah, nak bela seekor dua memang nampak senang. Tapi kalau dibawa ke skala komersial mahu pening kepala wooo….
 
Antara cabaran yg dalam cerita kawan saya ini. Dia pening kepala dengan kos makanan. Begini saya cerita. Bergantung kepada jenis ayam, kitaran ternakan ayam perlukan lebih kurang 70 hari. 1 ekor ayam perlukan 25g makanan sehari ketika membesar. Dan 50g sehari ketika dlm proses matang. Bila dikira kasar, 1 ekor ayam perlukan 4kg makanan sebelum proses sembelihan. Nahhh….
 
Cuba kira kalau anda bela 1,000 ekor:
1000ekor x 4kg x RM3 (harga runcit makanan dedak)
= RM12,000 (kos makanan)
Ini kos makanan saja tuan-tuan, mcm mn pula dgn kos rawatan, utiliti,logistik, pembukaan ladang ~kawan saya cakap
 
Mari potensi untung 1,000 ekor:
Kata harga RM7 per kg
Purata berat matang 1.3kg per ekor
1000 ekor x 1.3kg (purata berat matang) x RM7 = RM9,100
 
Eh mana untungnya? Hahahaha….
Tula saya cerita, bukan mudah nak ternak ayam.
Jangan pandang rendah, jgn hanya nampak kejayaan org.
Dibaliknya dia dah lalui bermacam liku-liku utk berjaya.
Tapi majoriti org hanya lihat individu dipuncak bukit, dia tak nampak susah payah dia naik lereng tu…

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

3 Comments

  • A WordPress Commenter
    5 years ago Reply

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

  • Testymo
    5 years ago Reply

    This is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?

    • Mike Smythson
      5 years ago Reply

      Yes sure!
      Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search