Menangis Terduduk, Ditipu Ketika Mula Bertani
Dulu saya masih ingat nak cari maklumat, kena pergi perpustakaan.
Tak main la perpustakaan daerah, negeri.
Kita pergi perpustakaan Negara je. Hahaha…
Nak cari tempat pun susah, masih ingat lagi saya dulu nak cari Poslaju kat area Bangi, tanya kat gerai nasi lemak tepi jalan otw, eh…
Dia boleh pulak tak tahu, hahahaha…. Padahal tak sampai 500 meter jaunhya. Kelakar betul…
Tapi, sekarang tak yah dah, semua buka maps, share location, waze saja. Mudah betul.
……..
Berbalik kpd cerita tadi.
Saya teringat yg saya ada baca satu kisah benar yg menarik di sini.
Kisah bagaimana seorang petani baru yg ditipu.
Tak banyak, RM21,000 je. Je…
Orang baru nak bertani, kesian…Ada plk pihak ambik kesempatan.
Nak dijadikan cerita, asal duit itu digunakan untuk buat sistem fertigasi, dia pun lantik pihak ketiga.
Tuptup duit dah jalan, habis licin.
Sistem tak semena, bocor sini bocor sana,
Apa pun tak jadi.
Lps tu baru dia sedar yang dia dah ditipu, yg tak boleh belah penipu lebai plk tu. Aduhh, jgn la menunggang agama. Ko menipu satu hal, mengunggang satu hal.
Dah tu, individu tertipu ini cuba bangkit,
Dengan buat sesuatu.
Dia pinjam RM12,000 daripada badan koperasi, dengan 12k tu dia buat semua sendiri A-Z.
Modal terhad, dia tanam cili padi. Tanam di tanah saja.
Buat sistem sendiri.
Takde baja AB, baja tahi ayam je.
Racun takde, tawakkal je berbekal modal antibodi pokok semulajadi.
Katanya, “tanam direct ke tanah pokok lebih kuat berbanding pakai sabut kelapa.”
Kemudian, ada lebihan beg dia tanam terung ke apa tah, seingat saya.
Bila mari musim menuai, alhamdullilah dia dapat collect lebih 1tan lebih.
Dgn harga borong RM14 per kilo ketika tu, dia dapat langsaikan hutang dia dlm 1 musim saja.
Yang best, terung tak kutip lagi.
Kira, terung tu la duit dia 100%. Takde hutang, tak pening.
…….
Pengajarannya tuan-tuan, jgn putus asa. Dugaan ni dtg dlm macam2 bentuk.
Mmg tak mudah, yg penting jgn berputus asa.
Susah payah perit jerih beberapa musim je, bila dah lama, dah tahu selok beloknya, insyaAllah akan jadi mudah.
Analoginya mcm bawa kereta, kita nak parking, mula2 memang susah, tapi along the way bila dah terbiasa, tak tengok cermin sisi pun boleh bawa.
Jika anda yg membaca ini ada masalah, pesan saya… Jgn putus asa, jalan terus kawan.
Hari-hari mendatang kita tgk balik apa yg dah kita lalui…
Mungkin kita takkan teringat pun dugaan yg telah berjaya kita keluar sebelum ini.
Padahal pada hari itu kita cakap
“Habis la aku kali ini”
“Macam mana ni, eiii…”
Alhamdullilah, terus kuat…
Testymo
4 years agoThis is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?
Mike Smythson
4 years agoYes sure!
Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.