Tanaman Kaki Gym Budak-Budak Baru Nak Up

Buat mereka yang baru nak menceburi bidang pertanian. Jangan terus nak tanam tanaman yg sukar. Spt cili.
Karang tak jadi, menangis kat bucu katil plk, dah nak give up.
 
Pertanian ni dunia cuba jaya, jarang bt sekali terus jadi.
Sekurang-kurangnya, jika anda tanam dan jadi… ia akan memberi semangat kpd kita bahawa jika kita berbakti pada tanah, pasti ada hasil.
 
Tanam sesuatu yg mudah…tapi banyak manfaat.
Boleh buat duit sikit2. Kalau anda bela ayam/ikan/ternakan lain boleh jimat ribu raban punya. Kerjanya main campak-campak saja.
 
Nampak tanam apa…
Campak-campak boleh dapat ribu raban.
Azolla. Tanaman kaki gym. Azolla ni angkat besi ke? Hahaha…
 
“Eh tak lar….” kata pak Kodi.
Saya bahasakannya dengan kaki gym sbb tumbuhan air ini berprotein tinggi. Tak ubah spt whey protein org kaki gym.
Yg faham faham, tak faham sudah….
 
………………
 
Macam ni, azolla harga runcit sekilo RM40.
Memang mahal, tapi jika anda nak tanam utk jualan runcit realiti agak sukar utk cari pembeli… Kbykkan potensi pelanggan hanya utk dia tanam sendiri, dan bukannya utk dia pakai. Mahu pokai ooo kalau nak beli RM40 setiap kali.
 
Saya sendiri jual, rata-rata saya tanya terdiri daripada perternak ayam, itik, ikan, lembu, kambing dan lain-lain. Kerana tanaman ini berpotensi tinggi utk penggantian makanan dedak yang mahal. Dedak hanya mengandungi 14% kadar protein, sedangkan Azolla 35%. Anda nak pilih yg mana?
 
Kalau anda ternak apa-apa, sbgi cth ayam. Anda boleh jimat ribuan ringgit dkt kos makanan. Tak caya?
Cuba kira, kalau anda ternak ayam… Kos makanan utk 1,000 ekor ayam semusim adalah RM12,000.
 
Nak biak azolla ni mudah je.
 
Air, bekas/kolam, baja, matahari. Settle.
 
1. Hempas besen kat tempat anda nak tanam
2. Isi air paip, takyah la nak ngada-ngada nak air tanpa klorin la apa la
3. Smackdown baja dlm air tu & kacau ikut suka
4. Campak azolla, settle!
3 hari dia akan tumbuh 100%, insyaAllah
Sapa nak beli boleh PM sy, hehe saja promote, tak nak sudah. 🤣🤣🤣

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

2 Comments

  • Testymo
    4 years ago Reply

    This is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?

    • Mike Smythson
      4 years ago Reply

      Yes sure!
      Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search