4 Tips Organik Tak Masuk Akal Atasi Kutu Trip Thrip

Kami tak share benda biasa.

Hari ini, kami nak share cara luar biasa dan tak masuk akal untuk atasi masalah kutu trip pada tanaman.

 

1. Vakum

Ambil vakum, vakum di bahagian kutu thrip berumah.

Biasanya di belakang dan atas daun, ada juga thrip yang lepak dibahagian daun, untuk kes ini jangan guna vakum, nanti bunga tercabut pula. Kalau boleh setting pressure low untuk elak kerosakan di pokok.

Ulang 3,4 hari 1x, buat selama 3 minggu, akan nampak kesannya, pokok bebas kutu thrip.

 

2. Kertas Aluminium

Ambil kertas aluminium foil, bentangkan sekitar tanaman, thrip dan kebanyakan serangga akan confuse.

Mereka tertarik kepada cahaya yang berkilau, bila diletakkan, thrip akan berumah di sekitar kertas ini dan tidak lepak di pokok, tapi tips ini kadangkala tak menjadi, terutama kalau tanam skala besar.

 

3. Semburan air kuat

Ini paling mudah dan senang, ambil kepala paip, senang jenis yang ada hos boleh setting tekanan tinggi.

Sembur air kuat, dibawah daun, atas daun, batang dan mana-mana kawasan berumah thrip.

Kutu thrips benci air, bila kita ganggu rumah dia secara konsisten dan berkala, mereka putus asa nak tinggal lama.

Ulang dan lazimi aktiviti ini setiap hari, lihat kesannya pada tanaman selepas 4 minggu.

 

4. Racun Organik Hijau Khidir

Buat apa nak guna racun kimia?

Kami sudah tanam skala besar, realitinya, racun kimia akan mengkebal serangga lama kelamaan, sebab itu ada tahap racun kimia mengikut kekuatan II, III dan IV.

Last-last, petani yang kena kanser, serangga imun tak mati.

Gunalah racun organik, ubat kiriman tuhan.

Jika nak guna konsep organik sepenuhnya, konsep cegah sebelum kena perlu sentiasa guna. Sembur racun berkala walau tiada penyakit, bukan dah kena penyakit baru nak sembur, ini ramai yang salah.

Saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Semua ada kami jual. Ingat, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja.

Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.

Yang penting selamat berbanding racun kimia. Pendedahan kepada racun kimia secara konsisten akan menyebabkan kanser kepada petani, percayalah.

 

Ringkasan infografik:

4 tips organik kutu thrip

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search