Bena Putih Kutu Putih Lalat Putih White Flyies
Bena putih atau turut dipanggil kutu atau lalat putih, white flyies, sama saja.
Kerja sama seperti kebanyak serangga, menghisap nutrisi daun.
Tetapi, bena putih sangat kerap dan lebih mudah ditemui dibahagian daun berbanding bahagian lain pokok. Jika seperti bertompok-tompok dan berompol-rompol putih dibelakang daun, itu kerja mereka.
Bena ini menganggu jaringan daun, menyebabkan pokok akan layu dan akhirnya mati kerana adanya jelaga hitam yang akan mengusik proses fotosintesis pokok.
Cara mengatasi, pertama, pangkas dan buang daun dan pucuk yang terkena. Bakar supaya tidak merebak.
Kedua, sembur racun organik secara berkala.
Saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Ingat, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja.
Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.