Keputihan Kehitaman Kulat Buah Betik, Kawalan Tuaian Hasil

Tidak semua orang pening kepala dengan penyakit yang menyerang tanaman sebelum dan semasa tuaian. Ada juga yang pening kepala selepas tuaian hasil. Tanaman betik dan mangga sebagai contoh.

Cuma hari ini kami nak bercerita mengenai penyakit Antraknos bagi pokok betik. Iaitu penyakt bintik hitam kadangkala putih yang menyerang hasil selepas tuaian. Akhirnya buah menjadi busuk sebelum sempat dijual.

betik-keputihan

Amnya berpunca dari serangan kulat Colletotrichum. Masalah ini sangat teruk, sehingga dulu pernah menurunkan hasil tuaian sehingga 80% dipasaran.

Baru-baru ini penyelidik di UPM ada membuat kajian bagi mengatasi masalah ini. Dan mereka berjaya menemui penyelesaian. Malahan organik!

Solusinya adalah daun Allamanda yang dikeringkan sebelum dikisar menjadi serbuk. Kemudian di ekstrak menjadi cecair.

allamanda rawat betik

Dari cecair organik ini kemudian buah dicelup atau disembur untuk melitupi kulit buah kemudian. Terus kulat tak nak tumbuh pada betik yang dirawat dengan kaedah ini. Tahu dia takut.

Menurut pengkaji, Allamanda juga boleh diaplikasikan kepada pisang dan mangga. Selain penggawaan penyakit antraknos, buah dapat disegarkan dan proses pemasakan juga dapat dilambatkan sekaligus menjamin kualiti buah.

Ringkasan infografik:

kawalan tuaian hasil kulat

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search