Siri Penanaman Cili Organik: Rawat Tanah, Anak Pokok & Jarak

Perawatan Tanah

Pertama sekali kena rawat tanah, paling baik rawat tanah 2 bulan sebelum mula tanah itu digunakan. Paling lambat 2 minggu.

Cara rawat tanah, bersihkan dulu, biar kosong dari rumpai, lalang.

Kemudian sembur dengan baja seperti EM, cuka kayu, FAA, kitosan, bergilir-gilir. Semua bahan ini boleh beli kat Hijau Khidir (Shopee). Lazimi semburan 3-4 hari 1x. Dah sembur sungkup, iaitu tutup dengan plastik, supaya lalang tak tumbuh pula. Nutrisi dan kelembapan juga terjaga. Boleh guna plastik silvershine untuk ini. Cara orang dulu buat guna jerami padi, sama saja.

Rawat tanah penting untuk kesuburan, dan elak bakteria dan patogen, nanti sia-sia saja, tanam-tanam pokok layu, sebab itulah. Kami dah tulis pasal layu fusarium. Baca sini.

 

Pindah Anak Pokok

Pindah anak pokok kira-kira selepas 2 minggu dia dah tumbuh di tray semaian.

Kalau lambat akan beri kesan pada akar, pokok jadi kecil dan lambat untuk di matang nanti.

Pindah waktu lewat petang saja, utk elak pokok terkejut. Atas faktor kepanasan.

Selepas 4-5 minggu selepas pemindahan, anak benih akan mengeluarkan 4-5 daun dan bebas penyakit.

Lazimi semburan racun organik 3-4 hari 1x sekali, jika ingin menggunakan kaedah organik langkah ini wajib untuk mengelakkan serangga. Sentiasa ingat konsep cegah lebih baik daripada rawat.

 

Jarak Tanaman & Kayu Pancang

Jarak tanaman adalah 50cm antara pokok.

Cili perlu di letak kayu sebagai pemancang, nanti dia berbuah lebat dan ditiup angin, dahannya patah sebab berat.

Ikat dengan kayu pancang sebelum fasa pembuangaan, tapi lagi awal lagi ok. Nanti baca bahagian tunas air dan fasa untuk maklumat lanjut.

 

Ringkasan infografik:

rawat tanah tanam cili organik

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search