Siri Penanaman Cili Organik: Proses Meracun (Serangga)

Penyakit lazim pokok cili adalah kerinting.

Punca ada 2, kutu thrip dan hama, hamama.

Kutu Thrip

 

Hama / Aphid / Kutu Daun / Kutu Pokok

 

Dua serangga ini ada yang membawa virus mozek, ada yang tidak membawa virus mozek.

Jika kerinting tanpa virus mozek, pokok masih boleh dirawat. Jika kerinting bersama virus mozek, tiada ubat. Tanda keriting mozek daunnya akan kerinting kuning berbatik, manakala mozek saja hanya kerinting saja (daunnya masih hijau).

 

cili kerinting

Sudah kena mozek (daun kerinting & berbatik kuning)

 

belum mozek

Cili kerinting (belum kena mozek)

 

Sebab itu, penting untuk guna kaedah cegah daripada merawat. Bermaksud kita sembur racun organik konsisten walaupun pokok kita sihat walafiat tanpa penyakit.

Jika kita melazimi budaya meracun terutamanya dengan bahan organik, serangga kutu thrip atau hama tidak berumah. Tidak berumah bermaksud tidak virus akan tersebar, tidak kerinting, tiadalah mozek.

Ingat, kena cegah kerinting dari terjadi, mozek atau tidak, sebab kalau dah kena kerinting saja sekalipun masih memakan masa untuk sembuh, semangat nak tanam pun tak best jadinya.

Racun organik apa perlu guna?

  • Racun semambu
  • Cuka kayu (edisi serangga)
  • Racun kunyit
  • Racun bawang
  • Racun lengkuas
  • Racun halia

Semua boleh beli di shopee Hijau Khidir.

 

Semua diatas boleh pakai, lagi banyak lagi bagus, minima 3 jenis berbeza, supaya elak serangga lali dan beradaptasi. Memang kena pelbagaikan, kerana serangga pandai. Sebab itu jika kita tengok racun kimia di kedai pun ada tahapan II, III, IV, ini sebenarnya untuk elak serangga adaptasi. Last-last racun kimia kena manusia, manusia mati dulu, serangga tak mati. Ini kisah benar, ramai yang kena kanser.

Paling baik buat pusingan semburan seperti saranan MARDI, 3-4 hari 1x (sekali) dengan beberapa jenis, contoh hari isnin sembur cuka kayu, rabu bawang, jumaat kunyit, ahad semambu, dan seterusnya.

Kalau kena mozek?

Cabut, buang  dan bakar, jika lambat nanti merebak satu kebun. Tak perlu sayang-sayang. Peralatan dan tangan yang urus juga kena bersih kerana benda ini juga boleh merebak melalui sentuhan.

 

Ringkasan infografik:

daun cili kerinting

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

1 Comment

  • Noraidah
    3 years ago Reply

    Terbaikk

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search