Sukar Dapatkan Tanaman Tertentu? Pembiakan Kaedah Tut
3 tahun lepas, kami ada mengikuti kursus yang dianjurkan Institut pertanian. Ini antara kursus awal yang kami sertai berkaitan pertanian. Pembiakan pokok buah-buahan secara tampang.
Kursusnya umum, tetapi ada sentuh tentang cara mengetut pokok buah-buahan.
Kami ada belajar beberapa kaedah pembiakan tampang bagi buah-buahan.
“Apa tujuan pembiakan tampang ni?” tanya saya.
“Biak cara ini selalunya untuk pokok pokok yang sukar nak dapatkan benihnya.” kata penceramah tu.
Kerana bukan semua tanaman mengeluarkan biji benih yang banyak. Ada juga kes tanaman yang mengeluarkan benih yang sukar bercambah. Jadi kira cara ini lebih mudah baik kes-kes sebegitu.
TIPS KAEDAH MENGETUT
1. Ranting/dahan yang dipilih mestilah daripada jenis kayu separa keras (anggaran sebesar batang pensel)
- 2.Media pengakaran yang boleh digunakan ialah tanah campuran dengan nisbah 2:1 (tanah peroi: bahan organik)
- 3.Baja baja penggalak akar yang membantu menggalakkan pengeluaran akar. Kami ada beberapa jenis baja untuk penggalak akar, boleh beli di Hijau Khidir.
- 4.Tut yang berjaya akan mengeluarkan akar selepas satu hingga tiga bulan selepas dilakukan
Kredit kepada sumber ringkasan grafik: