6 Indeks Kematangan Cili Besar Bagi Tujuan Penuaian
Cili, lada, cabai atau nama saintifiknya Capsicum spp. ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae terdiri daripada pelbagai spesies dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan kapsaisin sehinggakan sangat diingini dalam masakan sebagai rempah.
FAKTA, Tahukah anda?
Cili dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika.
Cili adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu sebelum Masihi. Terdapat bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu,dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.
Ia diperkenalkan ke benua Asia melalui para pedagang Portugis yang melihat ia sebagai bahan tukaran yang berbaloi daripada rasanya yang mirip lada hitam yang ada didagangkan seluruh rantau tersebut.Cili dibawa ke tanah India pada kurun ke-15.
Kira-kira 3305 hektar tanaman cili termasuk tanaman cili besar dan cili padi ditanam di seluruh Malaysia telah dicatatkan dalam Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia.
Hasil pengeluaran pula dianggarkan sebanyak 26 ribu matrik tan telah dihasilkan.
Kami pernah temuramah beberapa orang pembeli cili padi untuk kegunaan rumah di sekitar Rembau, Negeri Sembilan kerana seperti mana yang kita tahu orang nogori memang kuat makan cili padi ni.
Hasil tinjauan kami mendapati 1 rumah mempunyai sekurang-kurangnya 1Kg cili padi dalam tempoh seminggu.
Umum mengetahui bahawa,cili terbahagi kepada 2 iaitu cili besar dan cili padi.
CILI BESAR
“Cili besar boleh dijual sebagai cili hijau atau cili merah. Jadi, beberapa indeks perlu kita kenal untuk menepati kehendak pasaran.”
CILI PADI
“Macam mana pula dengan cili padi?”
Cili padi, tidak terlalu banyak indeks kematangan cili. Hal ini kerana pembeli biasanya meminta sebaiknya cili hijau dan cili merah dipetik secara seimbang. Mesti ada campuran cili hijau dan merah untuk dijual.
“Mari kita lihat Indeks Kematangan Cili dengan terperinci”
INDEKS KEMATANGAN CILI
Maklumat indeks ini dirujuk pada beberapa agensi kerajaan seperti FAMA dan Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat 6 peringkat cili iaitu peringkat 1 sehingga peringkat 6 .
“Macam mana nak bezakan tahap kematangan cili?”
“Tahap kematangan cili pula boleh diperhatikan pada perbezaan warna pada buah cili. Indeks ini berdasarkan peringkat cili semasa yang masih belum dipetik.”
Peringkat 1: Indeks Kematangan Cili 1 iaitu cili yang tidak matang
#1. Indeks Kematangan Cili 1 (tidak matang)
Warna cili..hijau muda. Ianya masih terlalu awal untuk dijual sebagai cili hijau. Justeru, anda perlu menunggu beberapa hari atau selama seminggu.Kemudian, Warna kulit cili akan bertukar menjadi hijau tua dan berkilat.
#2. Indeks Kematangan Cili 2 (Matang)
Pada peringkat ke 2 ini, cili sudah menunjukkan ciri hijau tua dan berkilat.
“Adakah cili ini tahan lama?”
PERINGKAT 1: CILI TAHAN LAMA
Cili ini tahan agak lama berbanding cili merah dan harganya agak rendah daripada cili merah.
#3.Indeks Kematangan Cili 3 (Cukup Matang)
Pada peringkat 3 ini, pada kulit cili terdapat 2 warna. Cili dijual sebagai cili merah.
“Adakah cili ini melakukan perubahan warna?”
Perubahan warna dari hijau ke merah.
“Adakah pokok cili menghasilkan cili mengikut jenis warnanya?”
Ini merupakan soalan yang paling kerap ditanya.
Jawapan bagi persoalan ini ialah ada pokok hasilkan cili hijau dan ada pokok yang hasilkan cili merah.
PERINGKAT 3: CILI BOLEH DISIMPAN SEMINGGU
“Berapa lama Indeks kematangan Cili 3 ni tahan pada suhu bilik?” tanya Puan Rahimah.
“Berdasarkan pengalaman kami simpan cili ni pada suhu bilik..cili pada peringkat ni masih boleh disimpan sehingga seminggu.”
#4.Indeks Kematangan Cili (Cukup Matang)
Pada peringkat ke 4 ini, Indeks kematangan cili berbeza dengan Indeks 3.
Warna merah sudah melebihi warna hijau.Masih ada baki warna hijau seakan kehitaman itu adalah warna hijau yang belum berubah.
PERINGKAT 4: CILI SUDAH TIDAK BOLEH DISIMPAN LAMA
Dari segi ketahanan,
“Cili ini sudah tidak boleh disimpan lama. Perlu cepat dijual untuk mengelakkan perubahan fizikalnya seakan sudah lama dipetik. Ianya dijual sebagai cili merah.”
#5.Indeks Kematangan Cili 5 (Cukup Matang)
Warna kulit cili telah bertukar sepenuhnya (100%) warna merah. Dijual sebagai cili merah.
PERINGKAT 5: TAHAN 1-2 HARI
Dari segi ketahanan, Tahan 1-2 hari untuk kelihatan segar. Cirinya, kulit merah terang dan berkilat.
#6.Indeks Kematangan Cili 6 (Amat Matang)
Pada peringkat terakhir ini, harga cili menjadi terlalu rendah.
Petani akan mengambil cili pada peringkat ini untuk dijadikan benih.
Info tambahan sumber FAMA: