8 Infografik: Cara Organik Tanam Kacang Panjang Tepi Rumah

Mari tanam kacang panjang secara organik. Dari rumah pun boleh, dalam pasu/polibeg saja. Bukan susah pun.
Sebab apa perlu tanam sendiri? 97-98% produk penanaman di negara kita menggunakan racun sintetik kimia.
..
Meh kami cerita sikit.
..
Asalnya, ada garis panduan yang pihak berwajib keluarkan. Kira macam S.O.P lah cara macam mana guna bahan kimia ini dengan selamat di ladang.
Masalahnya, banyak ladang-ladang ini tak ikut pun. Yang penting, untung. Nak salahkan pun tak boleh, diorang pun kena tekan dengan pemborong.
Pemborong main harga, nak cakap apa. Industri pertanian ini sama saja, kartel bersepah-sepah.
..
Satu contoh seperti larangan tempoh tuaian.
Biasa kalau kita sembur racun, ada tempoh-tempoh tertentu untuk perlu tunggu sebelum tuai hasil.
Biasanya paling awal 5 hari baru kutip, ada yang 2 minggu, 4 minggu , 6 bulan pun ada. Nak bagi sisa racun hilang.
Masalah anda fikir mereka ikut ke. Banyak yang semalam sembur racun, hari ini dah naik lori dah bawa pergi pasar.
..
Orang ramai pun pakat beli, balik masak. Terus masuk kuah gulai.
Basuh ke tak basuh ke sama saja, kadang-kadang racun dah serap dalam, basuh tara mana pun sama je.
Anak, bapa, emak, atuk, nenek, maklong, paklong semua makan racun.
..
Itu baru cerita racun halal, belum cerita racun haram, racun seludup. Lagi teruk, berbuih mulut.
Mana ada penguatkuasa masuk kebun buat operasi. Pernah nampak ke? Ingat mereka rajin sangat ke? Banyak lagi kerja lain.
..
Nombor #1 duit. Duit, duit, duit… Kesihatan pengguna ke, kau nak sakit ke, kau nak mati ke, itu belakang cerita. Yang penting aku dapat untung.
..
Inilah faktor utama orang kena kanser kerana daripada pemakanan. Ya, makan sayur, makan buah, makan padi, makan nasi, yang konon-kononnya sihat. Lihatlah statistik 1-2 dekad lepas, kenapa ramai orang kena?
..
Barah ini memang tak boleh elak dah, cuma boleh kurangkan saja. Sebab tu mari mula tanam sendiri.
Mari mulakan gerakan keselamatan makanan di Malaysia. Tanam sendiri paling selamat. Organik. Sihat dan terjamin.
Kita kawal apa yang kita tanam, apa yang kita makan.
..
Hari ini mari kita belajar tanam kacang panjang.

Kalau teringin nak belajar penanaman secara organik, follow kami di FB: Hijau Khidir untuk dapatkan teknik dan kaedah organik berkesan. Percuma je, banyak kami kongsikan konsep dan asas organik di sana.

Ringkasan infografik:

Cara Tanam Kacang Panjang Secara Organik

Langkah 1

 

barang keperluan tanam kacang panjang organik

Langkah 2

 

cara semai kacang panjang organik

Langkah 3

 

sedia pasu tanam kacang panjang

Langkah 4

 

pindah anak pokok kacang panjang

Langkah 5

 

saranan racun organik tanam kacang panjang

Langkah 6

 

saranan baja organik kacang panjang

Langkah 7

 

tuaian hasil kacang panjang organik

Langkah 8

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search