Rawatan Tanah Secara Organik Bagi Penanam Cili
Kita guna tanah sebagai medium.
Jadi perlu rawat tanah dulu sebelum mula menanam.
Paling baik rawat tanah 2 bulan sebelum mula tanah itu digunakan. Paling lambat 2 minggu sebelum.
Tujuan untuk meningkatkan kesuburan dan menggelakkan penyakit bawaan tanah.
Kalau kita rawat konsisten, insyaAllah semua akan baik.
Cara rawat tanah adalah dengan melakukan semburan baja bermikrobes.
Bersihkan dulu, biar kosong dari rumpai, lalang. Baru sembur.
Antara yang boleh digunakan:
- Fish Amino Acid (FAA)
- Effective Microorganisms (EM)
- Kitosan
- Cuka Kayu
- Dolomite
- Baja Gunung Berapi
Paling baik ada sekurang-kurang 3 jenis, sembur bergilir-gilir setiap 3-4 hari 1x (sekali).
Contoh isnin sembur FAA, rabu sembur EM, jumaat sembur kitosan, ahad sembur EM, isnin sembur kitosan dan seterusnya. Lazimi semburan perawatan tanah ini dari mula hingga habis musim.
Dah sembur sungkup, iaitu tutup dengan plastik, supaya lalang tak tumbuh pula. Nutrisi dan kelembapan juga terjaga. Boleh guna plastik silvershine untuk ini. Cara orang dulu buat guna jerami padi, sama saja.