Siri Penanaman Cili Organik: Tunas Air & Fasa Tumbuhan

Tunas Air

Tunas air adalah pertumbuhan daun dicabang utama. Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili. Juga akan menyukarkan pengawalan serangga kerana daun terlalu rimbun akan menggalakkan serangga berumah.

Bila nak buang? Cari sekitar pokok cili apabila berusia 3 keatas minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.

Cara mudah nak kesan tunas air ialah cari cabang Y, daun sebelum cabang Y adalah tunas air, jadi buang semua.

sumber gambar: Cili Bangi

 

Fasa Pertumbuhan

Fasa mudah cerita, kita bahagikan ikut 2. Kenapa 2? Kerana kita pecahkan ikut nutrisi pembajaan pokok N P K. Kita beri baja bersesuaian dengan fasa pertumbuhan pokok. Ketika fasa permulaan (vegetatif) kita perlu lebih baja organik yang berunsur Nitrogen N dan P, ketika pertengahan dan hujung-hujung (generatif) berikan baja organik berunsur Phosphorus P dan Potassium K. Ini kami akan cerita lanjut di bahagian pembajaan nanti.

 

Ringkasan infografik:

penanaman cili organik tunas air

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search