Lactic Acid Bacteria, Baja Ajaib Bakteria Baik

Lactic acid bacteria, nama ringkasnya LAS. Sangat terkenal bagi penggemar dan pelopor organik diluar negara. Cara buatnya yang mudah dan ringkas menjadikannya pilihan ramai sebagai alternatif kepada tanaman.

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara pembuatannya. Sebelum itu, kajian di Minnesota USA, mendapati LAS ini banyak kelebihan untuk tanaman, antaranya seperti dibawah.

Kelebihan LAS:

  • Tingkatkan pengudaraan tanah
  • Tingkatkan kadar serapan nutrisi tanaman
  • Penggalak pencambahan benih
  • Peneutral gas amino bagi bahan kompos
  • Penguraian nutrisi phosphorus yang sangat baik

 

LAS menggunakan bahan-bahan mudah.

Seperti susu segar, air basuhan beras,gula merah dan bekas kaca/plastik.

 

Cara penyediaannya:

1.Air basuhan beras diambil dan dimasukkan dalam bekas. Biarkan 2-3 hari.

2.Larutan diatas dicampurkan dengan susu segar dengan kadar 1:10.

3.Simpan selama 5-7 hari.

4.Buangkan lapisan atas (karbohidrat,protein dan lemak) dan ambil larutan di bawah bahagian (kuning).

5.Simpan dalam peti sejuk atau campur dengan gula merah pada kadar 1:1 dan tutup.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search