Kutu Trip Thrips
Kutu thrips sejenis serangga yang suka menyerang bahagian bunga.
Apabila serangga ini menghisap dan menyedut debunga, akan mengakibatkan bunga mula gugur.
Menurut kajian yang dilakukan di India, kitaran hidupnya biasanya 21 hari.
Hasil buah akan berkurangan dengan drastik. Sesetengahnya akan merrekok buahnya kerana serangan merosakkan kerupik bunga menjadikan ia cacat.
Tanda-tanda serangan berbeza mengikut pokok, seperti pokok cili, keriting daun merekok.
Tidak kisahlah ada tanda atau tidak, jika nak guna konsep organic sepenuhnya, konsep cegah sebelum kena perlu sentiasa guna. Sembur racun berkala walau tiada penyakit, bukan dah kena penyakit baru nak sembur, ini ramai yang salah.
Saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Ingat, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja.
Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.