Brown Rice Vinegar (BRV), Baja Acetic Acid Bakteria

BRV merupakan baja yang diperbuat daripada beras. Asasnya dicipta oleh orang Korea. Kemudian dikembangkan konsepnya oleh orang Barat.

Sangat banyak kegunaannya. Antaranya:

  • Pokok yang menerima semburan BRV akan diliputi dengan lilin organik. Ini akan menebalkan daun, dan menyukar serangga untuk makan daun.
  • Jika dicampur bersama dengan bahan semburan racun atau baja lain, sifatnya akan bertindak sebagai agen pelekat dan perebak organik. Sekaligus meningkatkan keberkesanan semburan bahan.
  • BRV juga acetic acid bakteria, mampu kawal dan sebagai pertahanan daripada patogen jahat.

Contoh bahan yang diperlukan ialah rice bran,beras,ragi,kertas putih,bekas seramik/plastik.

Cara Penyediaan BRV:

1.Dedak dan beras 1:1 dikukus untuk melembut dan membunuh bakteria.

2.Sejukkan.

3.Campurkan ragi (1 bahagian ragi: 10 bahagian campuran nasi dan dedak), tutup dengan kertas dan simpan selama 2 hari.

4. Bahan diatas dicampurkan dengan air sehingga kelembapan mencecah 85% selepas 2 hari.

Buih akan terlihat keluar serta berbau manis.

5.Buih akan hilang dan alkohol terbentuk selepas 5 hari.

6.Tapiskan cuka yang akan terhasil selepas 10 hari.

 

Cara Guna BRV:

2ml untuk 1 liter air.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search