Tiada pH meter? 2 Rahsia Periksa pH Tanah Cara Orang Lama

Zaman dulu orang tiada teknologi seperti sekarang. Banyak aktiviti pertanian sekarang dijalan dengan automasi dan peralatan yang canggih.

2 bulan lepas saya berjalan ke utara, berjumpa dengan orang lama. Mereka kongsikan cara ini.

“Hang tahu cara tengok pH tanah tanpa alat?”

“Tak tahu.”, saya kata.

“Meh aku ajar hang, mudah saja. Nak tahu tanah tu terlalu beralkali, hang tuang cuka. Tuang secukup rasa. Kalau ada respon pada tanah, tanah tu jadi berbuih, tu bermaksud terlebih alkali.”

“Kalau nak tahu tanah tu terlalu asid, ambik serbuk baking soda, hang cari kat kedai buat kek atau roti selalu ada, tuang  tengok respon kat tanah, kalau ada, asid sangat la tu”

Begitulah pengalaman orang lama.

Cara ini tak sesuai untuk yang mencari ketepatan. Kalau nak tepat pergi saja beli meter pH, hehe lebih mudah. Saja kongsi  bagi tambah ilmu.

Ringkasan infografik:

2-tips-periksa-ph

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search