“Apa Ke Benda Bintang N ni?”, Cara Baca Label Baja Sintetik
6 bulan lepas rasa. Pada ketika itu, kami masih ada hantar barang ke pelanggan sendiri. COD orang panggil. Waktu itu kami tidak se-busy sekarang, sekarang masa banyak habis pada nak urus operasi.
Pelanggan ni nak beli input, sangka kami, mungkin tanam secara skala kecil. Pasal dia tanya soalan asas.
“Bintang N itu apa?” katanya mencelah dalam menyembang sebentar.
Kami tanya, “apa yang nak N nya, kurang faham.”
“Ala, yang dekat guni tu, ada 15-15-15, 16-16-16 la” tambahnya.
Dalam hati kami, rasa dia ni tanya pasal baja kot. Pasal time tu pun dia membeli produk baja.
“Oooo, yang itu unsur dia, N-P-K, 15 Nitrogen, 15 Phosphorus, 15 Potassium. Macam tu” kami jawab.
Dia angguk macam faham, tapi kami explain la sikit sikit cara baca label ni dekat dia.
Bukan susah sangat pun.
……..
Yang ini banyak penanam baru tak faham. Kadang-kadang malas nak faham.
Senang macam ini. Saintis dah buat kajian, 3 unsur besar yang pokok perlu ini N, P dan K. Ini dalam kimia la, kalau kita translate mudah dalam bahasa orang kampung, N tu unsur daun, P untuk akar dan K untuk buah.
Sebenarnya, itu 3 unsur besar, ada 10 lagi unsur kecil yang pokok perlu.
Jika banding dengan organik, itulah kelemahan baja kimia, dia hanya ada 3 unsur saja. 10 unsur tambahan lagi dia takda. Pasal saintis tak boleh masukkan semua unsur sekaligus. Dia boleh buat 3 je.
Sebab itu, baja sintetik kimia, kebiasaannya akan tinggi 3 unsur tu, tapi 10 lain tak ada langsung. Kalau anda guna baja organik, 3 unsur itu ada sederhana saja, tapi 10 lagi unsur tambahan lengkap sekali Allah buat.
Jadi, berbalik kepada cara baca label baja diguni pelanggan tadi tu.
Tak susah, ikutlah pokok anda nak nutrisi macam mana. Nak tinggi N ke , P ke, atau nak bagi unsur K tinggi ke ikut fasa pokok, dia tengah mengidam apa.
……..
Jika anda nak fahami lanjut asas-asas pembajaan, asas penanaman. Boleh ke Facebook Hijau Khidir atau laman web kami di www.hijaukhidir.com.my . Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Pengkhususan kami dalam bidang organik.
Menarik sebenarnya, banyak main dengan mikrobes dan bioteknologi. Juga kami ada menyediakan produk input-input pertanian organik. Milikan penuh Bumiputera. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Anda sokong beli, boleh kami share lagi banyak info mengenai pertanian dan konsep organik.
(gambar tiada kena mengena)
Rujukan infografik tambahan: