‘Sayur Pasar Pengaktif Kanser Dalam Badan’, Mari Mula Organik
Fakta di Malaysia menunjukkan pemakanan dan diet merupakan punca utama kepada kanser di negara ini selepas rokok.
Dulu sebelum kami masuk bidang pertanian, apa yang ada kat pasar, asal murah mesti nak beli.
Lepas berjinak-jinak baru tahu realiti sebenar.
..
Kalau nak beli sayur kat pasar tu, jangan sibuk nak tengok yang cantik. Lagi cantik sayur tu, lagi banyak racun yang anda makan.
Susah nak percaya, lepas keluar stastik baru kami geleng kepala.
98% ladang kat Malaysia ini semua guna racun kimia sintetik. Geng PRO racun akan cakap tiada masalah. Betul ke?
Tak betul. Tipu.
..
Tak percaya, anda turun sendiri ke ladang-ladang, tanya mereka macam mana mereka bawa keluar hasil, bawa keluar sayur?
Orang naif bolehlah kau tipu.
..
KARTEL HARAM, GENG CUCI DUIT & BISNES LADANG
.
Apa yang geng ni buat? Mereka kawal market. Kalau nak buat harga ayam, cili, ikan RM1 sekilo pun boleh.
Nak langgar harga lantai pun ok. Janji dapat cuci. Kalau ada 100 juta duit haram, dapat cuci 80 pun baik dah tu.
Musim raya bagi naik harga, lagi banyak untung.
Yang betul-betul baik, jujur, dapat sen-sen je berpeluh-peluh tengah panas.
..
Jadi apa hubungannya dengan racun?
Bila harga dah kena main oleh kartel, penanam tertekan. Kos nak bawa keluar sayur yang cantik, tak lubang, besar, bukan mudah.
Bukan murah. Last-last? Ambil jalan pintaslah, pakai racun haram. Racun seludup. Racun ini bukan setakat bertindak atas permukaan tanaman.
Racun seludup haram ini menyerap dalam sayur. Anda cucilah 7 tahun, dekat 7 telaga pun. Racun dah masuk dalam, nak elak macam mana?
..
Situasi kebayakan orang awam dipasar, wau… baik ni sayur cantik, gemuk, lebat. Ambil, beli masuk dalam masakan, masak gulai, asam pedas, kari.
Lepas itu, dengar pula doktor dalam TV kata, “tuan-tuan, lebihkan makan sayur, sayur baik untuk badan, baik untuk elak penyakit.”
Walhal, sayur dipasaran penuh dengan racun. Itu yang berbalik pada punca utama kanser.
..
Nak buat macam mana? Tak boleh elak dah, satu je cara ialah dengan menekankan keselamatan makanan dengan tanam sendiri.
Ramai orang ingat susah nak menanam ini, hakikatnya sangat mudah, tanam sekali kadang boleh tuai berkali-kali. Masa diambil pun sekejap je 3-4 hari sekali jengok-jengok.
Mari singgah Facebook kami di Hijau Khidir, disana kami ajar free je tanam organik tepi rumah. Atau boleh baca banyak bahan cara menanam organik di rumah di laman web kami ini. Anda engineer ke, majistreet ke, lawyer ke, akauntan ke, suri rumah ke, semua boleh menanam.