9 Infografik: Cili Padi Organik Tepi Rumah
Cili padi mahal. 1kg boleh pergi sampai RM20 harga runcit. Kalau musim raya RM30 per kilo pun boleh cecah.
Harga dah macam daging premium.
Jadi, hari ini kami nak ajar anda tanam cili padi sendiri.
Organik tepi rumah jer. Dalam pasu/polibeg boleh, nak terus ke tanah juga boleh. Senang je.
..
Cili padi mudah je, kalau tanam terus ke tanah dia lebih tahan lasak. Tahan penyakit.
Penyakit paling kena jaga-jaga kerinting bawaan serangga thrip dan hama.
Musim hujan perlu peka sikit, sebab boleh kena antraknos. Buahnya akan berbintik hitam dan busuk. Terjaga 2 benda ini, insyaAllah ok.
..
Genap 3-4 bulan tanam, nanti dia berbuah lah tu. Kalau setakat nak tanam makan sendiri memang tak termakan nanti, 1 pokok boleh tahan 1-2 tahun masih berbuah.
Best kan? Tanam sekali je, kutip berkali-kali. Tak payah dah beli cili padi kat pasar.
Cuma satu, nak memetik hasilnya letih, hehe. Pasal buah banyak sangat, tak kutip selalu rasa macam rugi je.
..
Jika nak beli produk saranan baja dan racun organik Hijau Khidir, boleh ke kedai online kami di www.hijaukhidir.com.my/kedai