“Tanam Sayur Organik Sendiri, Kereta Baru Pun Boleh Beli”

Cuba check harga dekat pasar, tadi kami tengok daun bawang je dah RM10 per kilo.
Dahlah RM10 dapat makan racun kimia je, bukannya sedar tu. Itu baru daun bawang.
Cili RM12, Bayam RM6, Sawi RM5, Kubis RM5, Timun RM3, Terung RM7, Kacang Buncis RM11, Bawang RM14.
Bayangkan kalau nak beli, tak ke habis beratus tu sebulan. Tak simpan memang tak nampak.
Cuba ambil duit tu simpan dalam tabung, lepas cukup sebulan pecahkan. Baru nampak banyak.
Dah kalau belanja sayur bulan-bulan boleh cecah RM200-300 satu family.
Baik tanam sendiri, RM200-300 tu simpan tabung, boleh buat bayar kereta baru bulan-bulan.
..
Best tanam sendiri ni. Puas dapat makan usaha peluh sendiri. Lagi sihat.
Tak ambil banyak masa, balik kerja tu, petang-petang boleh spend masa 30minit pun dah cukup tepi rumah.
Lagi organik, lagi sihat.
Lagi pun sayur kat pasaran negara kita penuh dengan kimia. Sebab market dikawal kartel.
..
Fakta di negara ini menunjukkan pemakanan dan diet merupakan punca utama kepada kanser selepas rokok.
Ini benda betul, kami pun ambil mudah dulu. Lepas kami sendiri berjinak-jinak dalam bidang pertanian skala besar, baru tahu.
Tak percaya, anda turun sendiri ke ladang-ladang, tanya mereka macam mana mereka bawa keluar sayur?
Contoh, ada tempoh larangan tuaian hasil untuk bagi sisa kimia bahan aktif racun hilang.
Kebanyakan racun ni ambil berminggu untuk hilang. Basuh macam mana pun tak lut.
..
Jenis yang tak peduli ramai, semalam dia sembur, besok dah naik lori masuk pasar.
Ada juga yang lagi extreme, jenis pakai racun seludup, benda ini anda ambil suku sudu je, letak kat sayur. Gajah pun boleh mati.
Itu yang ramai kena kanser sekarang tanpa dia sendiri sedar.
..
Mari tanam sendiri. Kami nak wujudkan kesedaran keselamatan makanan dalam masyarakat kita. Supaya lebih ramai orang bertukar ke organik.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search