Teknologi Mikrobes, Rawat Tanah Tanpa Mesin Juta-Juta

Hari ini kami berjumpa seorang sahabat lama. Baru saja berhenti kerja di bandar. Tukar angin katanya.
“Aku nak jadi petani, kursus pun dah pergi.” ujarnya semangat.
Dia tahu kami ada background bidang yang sama, dari awal dulu dia dah ada minta nasihat.
Ini baru ada masa nak berjumpa.

Sembang punya sembang, dia cakap;
“Aku sebenarnya dah sewa tanah ni dalam 2 ekar.”
“Tengah membajak ni, bagi rawat sikit tanah tu.”

Kami diam, cuba mendengar dengan teliti kata.
“Susah la takda mesin, baru siap sikit, itu pun dah mandi peluh dah.”
“Kalau tadah boleh buat baja dah.”

Kami terus teringat, asal-asal dulu kami pun tak tahu macam sahabat kami ni la.
Lepas satu hari tu ada duduk dengan orang-orang pertanian ni baru tahu.
Macam mana nak rawat tanah cara mudah.
Zaman dulu, orang peluh-peluh duk bajak tanah.

Masuk zaman moden skit dah mula pakai mesin.
Tapi syukur alhamdullilah, sekarang kita dah ada teknologi yang lebih canggih.
Dah kurang dah duduk junjung cangkul ke sana ke mari.

————————————————————————————————————-

Mikrobes & Perawatan Tanah

Selamat tinggal cangkul! Pasal sekarang kita sudah ada microbes.
Namun kami masih tak faham kenapa ramai pelopor tani lebih suka mengunakan sabut kelapa berbanding tanah.
Mungkin juga mereka belum cakna pasal teknologi mikrobes ini.
Atau mereka masih belum tahu akan kewujudannya?

Apa itu mikrobes ni tuan-tuan. Mikrobes ni merupakan tentera-tentera bakteria-bakteria baik.
Dia dapat membantu kita merawat tanah dengan sangat berkesan dan mudah. Tiada lagi peluh-peluh perlu ditumpahankan kerana bajakan tanah.


Sepanjang dapatan pengalaman kami, berikut antara bahan yang boleh merawat tanah dengan mikrobes:
1. Baja ikan FAA
2. Bacillus
3. EM Effective Microorganism
4. Kitosan
5. Cuka kayu (lebih kepada penstabil pH)
6. Dolomite (lebih kepada penstabil pH)

Kami pun kongsilah pasal benda kat sahabat kami tadi.
Tapi puaslah kami gelakkan dulu.

Jika anda nak fahami lanjut mengenai pertanian organik. Kamilah rujukannya. Boleh ke Facebook Hijau Khidir atau laman web kami di www.hijaukhidir.com.my . Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar. Pengkhususan dan bidang kami adalah organik. Menarik sebenarnya, banyak main dengan mikrobes dan bioteknologi.

Juga kami ada menyediakan produk input-input pertanian organik. Milikan penuh Bumiputera. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Anda sokong dengan membeli, boleh kami share lagi banyak info mengenai pertanian organik di masa hadapan.

Ringkasan infografik:

cara rawat tanah mikrobes

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

2 Comments

  • Testymo
    5 years ago Reply

    This is really amazing! Aliquid ex ea commodi consequatur?

    • Mike Smythson
      5 years ago Reply

      Yes sure!
      Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search