Cerita Si Fertigasi Dengan 0 Pekerja Sahaja

Networking dalam pertanian ni sangat penting. Mana taknya, nak jual kena jumpa, nak beli barang jumpa, ada masalah jumpa lagi. Asyik berjumpa saja, mujur tak kena covid. Jadi, hari ini saya terjumpa dan ingin bercerita.

Orang lama katanya. Cerita idea bagaimana memulakan fertigasi SEMINIMA mungkin.
0 pekerja.
50% jimat kos pusingan.

Tahu tak apa yang saya suka tentang pertanian yang tidak sama di bisnes/bidang lain?
Paling saya suka, kos pusingan dia.

Macam ni, sebelum saya loncat dalam dunia pertanian. Banyak bisnes saya buat. Semua tak jadi, dah tak jadi, saya mula dari mana balik, dari 0. Ya tuan-tuan 0. Modal biasanya lebur, yg ada mungkin secebis pengalaman utk penyedap hati saja.

Yelah, kalau kata tak dapat apa2 lagi sanis, kalau banyak fikir nanti mudah putus asa.

Contoh, saya pernah buat beberapa jenis bisnes servis. Modal permulaan utk jalankan bisnes servis ni dlm RM5k, saya pun buat, cari customer. Dapat la 2 org, 1 org sembang mcm nak beli, 1 org dh close deal start projek. Semua saya tak ambik deposit, yela budak baru, nak dapatkan kepercayaan katanya, kita kena overdeliver. Sekali kena tipu tuan2.

Saya dah keluar RM5k utk labur, dah buat, dah siap, sekali tak nak bayar. Pusing2. Last2 nak roll modal pun tak lepas, RM5k pun hancus mcm tu saja, sesen pun tak dapat balik. Tak kira lagi tenaga sengkak mata. Masa lagi tu. Hahaha.

Yelah… Dapat juga pengalaman kan… Penyedap hati, huhu!
Hahaha, berbalik kepada pertanian tadi kenapa?

Katalah kita beli barangan2 dia semua.

Saya start modal dalam RM6-7k je utk keperluan wajib.
Sekali ditakdirkan tak jadi la.

Pokok kena penyakit la, kena tipula, pokok diserang hedap kera la, macam2 lagi.
Saya cakap sini habis sini ya. Modal pusing balik TAK PAYAH PUN TAK PE!!!!
0
0
0
Yg peting kena rajin, ya RAJIN sahaja.

Sebab apa, kata polibeg boleh pakai balik, baja boleh buat sendiri, racun boleh buat sendiri, foliar sendiri, benih boleh gi minta sedekah, air pakai boring tube FREE. HAHAHAHAHA….

Itu yang saya alami, pertama kali buat tak jadi, duit simpanan dah habis. Yg tinggal tenaga, so, perah TENAGA tu sampai lubang cacing. Bukan saya je, banyak lagi saya baca, otai2 macam mana mereka mula. Ada tu kena tipu 20k, last2 buat sendiri semua, xsampai berapa bulan dh tuai 30k.
Itulah yang bestnya PERTANIAN ni, saya terus jatuh cinta!

Kata orang berbakti pada tanah, pasti ada hasilnya. Ada benarnya juga ungkapan ini.
Jadi, berbalik kpd org lama tadi, dia cerita mcm dia handle ladangnya. Beberapa point menarik yg saya nak share disini nasihatnya sebagai org lama.
1. Kalau kuantiti polibeg kurang dari 3k, jgn upah pekerja. Jangan malas. Tuan2 tahu berapa potensi pendapatan kalau 3k beg tu? RM30K-60K 4 bulan kerja
2. Modal pusingan beli 40-60% saja, kalau anda start RM10k, roll hanya RM4k, tapi macam saya cakap kalau pandai belok, 0% pun boleh
3. Ambik tahu untung rugi baru hati tenang.

Ok, tuan2 sekian saja.
Hidup memang tak mudah, saya hadapi mcm2 cabaran utk bertani pada mulanya. Dari situ sebenarnya saya banyak bljr. Buat baja, buat racun, teknik2 semua… Daripada pengalaman la datangnya ilmu serta pengalaman terbaik.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

3 Comments

  • Mike Smythson
    5 years ago Reply

    Yes sure!
    Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus sit voluptatem accusantium doloremque laudantium.

  • Ramdhan Fitri Al-Hafiz
    4 years ago Reply

    Salam bang…saya dah habis 100k dalam fertigasi…saya sangat down.. boleh abg bantu sy

    • Faris Ghazali
      4 years ago Reply

      Perah tenaga, tak perlu guna fertigasi kalau tak ada modal, ada sorang ini pernah kena tipu, buat semua sendiri, sekejap je dah balik modal. Baca sini https://hijaukhidir.com.my/73/ditipu-mula-bertani/ .

      Lain kali buat kecil-kecil dulu, baru buat besar-besar, modal 5K pun dah boleh jalan apa, belajar prosesnya, lama-lama dah pandai, baru boleh nilai buat skala besar. Cuba lagi lain kali, semoga berjaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search