3 Langkah Wajib Sebelum Mula Menanam
“Saya ini baru nak mula, apa benda ya kena buat?”, tanya seorang pelanggan kepada kami.
Nak senang kami suruh join saja kursus asas penanam organik. Tapi hari ini kami ada lebih masa sikit, kami nak kongsikan langkah wajib. Lain orang lain cara, dan terdapat banyak juga langkah/cara sebelum mula menanam. Apa yang kami kongsikan pada pengamatan kami sendirilah.
3 langkah tersebut ialah TANAH, TUMBUHAN &. BAHAN SEMBURAN
1. TANAH/MEDIUM
“Jangan campur medium pelik-pelik. Tak payah nak jadi saintis sangat”
Pendapat kami, asas penanam organik adalah tanah yang subur. Tanah ya, bukan lain. Cocopeat/sabut kelapa tak perlu pun. Pilihan terbaik tanah sawit, boleh cari di pasaran banyak. 1 lori baru berapa je, tak mahal. Kalau nak gali belakang rumah pun boleh, panduannya, cari tanah yang subur (banyak rumput tumbuh, cacing tanah penuh, suburlah tu). Boleh juga guna tahi kambing yang dah dijemur separa kering, orang kata panas, taklah, tahi kambing tak. Dulu kami tanam betik 100% atas tahi kambing, tiada campuran, elok saja. Manis buahnya.
2. TUMBUHAN
Ini apa yang nak ditanam. Setiap pokok lain cirinya, kita perlu tahu secara kasar, perkara asas berikut:
a. Berapa lama sebelum benih bercambah
b. Penyakit lazim menyerang
c. Bila tempoh tuaian hasil
Perkara diatas boleh dicari dengan mudah di internet. Contoh, tanaman sawi, lebih kurang 3 hari utk bercambah benihnya, penyakit lazim ialah serangan serangga aphid, koya, bena putih dan belalang. Tuai selepas 30 hari ditanam.
Jika garis panduan ini akan memudahkan kita tahu untuk nak buat apa kemudian.
3. BAHAN SEMBURAN
Dua benda penting.
“Racun organik dan baja organik.”
Sila cari racun sesuai penyakit lazim tanaman. Jangan pokok sakit lain, dibagi ubat lain, memang tak menjadilah. Sebab itu, dalam organik, cegah dari awal, bukan merawat. Contoh, tanaman sawi tadi. Sembur berkala racun organik sesuai dengan penyakit lazim tanaman untuk mencegah ianya dari diserang. Confirm menjadi.
Baja organik pula, cari sesuai fasa. Gunakan tempoh tuaian hasil tadi. Contoh, kangkung 30 hari, bahagikan kepada tiga. Jadi, 10 hari pertama, beri baja berunsur daun, 10 hari kedua, beri baja berunsur akar. 10 hari terakhir, beri baja buah/bunga. Ini paling mudah dan tak perlu fikir.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!