3 Kaedah Biak Tanaman & Pokok Tanpa Benih

Ini skil yang agak ‘advance’.

Pernah tak anda nak tanam pokok yang susah dapat? Biasanya pokok eksotik ini susah nak cari benihnya. Yelah, bukan macam sayur yang rata-ratanya mudah untuk ditanam. Benih pun banyak. Jangan risau, hari ini kami nak kongsikan bagaimana anda dapat biakkan tanaman yang sukar dapat benih.

Lebih kurang 3 kaedah boleh digunapakai, namun, pada kami 2 antaranya mudah. Selebihnya agak sukar, dan akan kerap tidak menjadi terutama bagi yang tidak biasa. Berikut kami kongsikan.

1. Kaedah Keratan

Ini bagi kami paling termudah. Caranya adalah dengan mengambil keratan. Anda boleh kerat bahagian dahan, daun atau akar. Paling terjamin menjadi, anda ambil bahagian dahan, dari dahan ini kita akan keluarkan akar pada pangkalnya. Gunakan peatmoss sebagai penggalak akar (cari saja dijual online banyak).

Anda ambil peatmoss, letakkan dalam beg plastik hitam dan ikat bersama dahan yang dipacakkan pangkal padanya. Ianya akan mengeluarkan akar dibahagian pangkal dahan yang dicucuk kedalam peatmoss tadi. Mungkin mengamil masa beberapa minggu, periksa setiap 4-5 hari. Biarkan beberapa lama untuk akar itu kuat. Bila akar dah elok tumbuh, pindahkan ke medium tanaman anda yang dirasakan sesuai.

 

2. Kaedah Tut

Kami ada tulis mengenai kaedah ini sebelum ini. Kami pelajari teknik ini ketika menghadiri kursus sebelum ini. Ianya juga mudah, hanya toreh dahan pokok, dan ikatkan bersama elemen penggalak akar bersama. 2-3 bulan akan siap! Lihat lanjut di https://hijaukhidir.com.my/1789/sukar-dapatkan-tanaman-tertentu-pembiakan-kaedah-tut/ .

 

3. Kaedah Lenturan

Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup. Antara teknik lenturan yang biasa dibuat adalah teknik lenturan udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search