5 Senarai Semak Ringkas Penjagaan Pokok Ati-Ati

Pokok ati-ati antara kegemaran ramai, terutama penanam bunga. Tanaman jenis bunga sedikit berbeza dengan tanaman tuaian hasil seperti sayur/buah.
Tanaman berbunga pada pemerhatian kami lebih memerlukan perhatian dari segi penjagaan. Perlukan lebih penelitian dari beberapa aspek penjagaan. Baja atau racun tidak begitu penting.
Sementara, tanaman tuaian hasil pula lebih menekankan penggunaan racun/baja bersesuaian. Aspek-aspek penjagaan tidaklah begitu ditekankan.
..
Oleh kerana ramai meminati tanaman ati-ati. Berikut antara tips dan senarai semak mudah yang kami lampirkan untuk anda:
.
1. Penyiraman
Ati-ati memerlukan air yang agak banyak. Cara siraman yang paling tepat untuk spesis ini ialah terus ke akar dan bukan pada seluruh tanaman. Saranan semburan setiap 2 kali 1 hari untuk luar rumah, dan 1 kali 1 hari untuk dalam rumah.
..
2. Lokasi & Pencahayaan
Tanaman ini tidak perlu matahari langsung, jadi penggunaan ‘nett’ untuk mendapatkan cahaya separa langsung baik untuk mendapatkan corak dan warna ati-ati yang menarik.
..
3. Memangkas
Bagi yang dah keluar bunga, ianya perlu dicantas untuk penghasilan bunga baru yang lebih banyak dan lebih cantik. Pangkas juga dahan-dahan yang tidak perlu, tidak perlu sampai botak, hanya secukup rasa. Tanaman akan sentiasa mengeluarkan hasil baru yang lebih banyak, cantik dan menarik.
..
4. Baja
Ati-ati suka air. Jadi, saranan kami lebihkan baja berbentuk cecair. 1 minggu 1 kali sudah memadai.
..
5. Rebahan Batang
Batang pokok ati-ati perlu direbahkan mengiring. Tips ini kami dapat dari penanam tegar ati-ati.
Ianya bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ranting atau dahan yang lebih aktif. Caranya, rebahkan secara mengiring dan tahankan dengan batang kayu.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search