Medium Terbaik Untuk Pencambahan Benih
Anda kerap kali gagal menanam tanaman dari benih?
Benih dah bagus, tapi bila semai untuk bagi benih bercambah dia tak jadi?
Meh kami kongsi termudah dan terjamin menjadi.
..
Pertama sekali, dapatkan apa-apa jenama PEATMOSS di pasaran.
Online banyak, beli saja.
..
Apa itu PEATMOSS?
Peatmoss adalah tanah/medium yang paling sesuai untuk proses semaian untuk mencambahkan benih.
Ianya semulajadi lembab, kadar kelembapan sekitar 70-80L.
..
Peatmoss juga tinggi dengan nutrisi, jadi akan memudahkan lagi proses benih untuk mengeluarkan tunas dari biji atau pecah mata.
Tugas anda, hanya gunakan peatmoss, tutup dengan plastik hitam untuk memberi tekanan kepada biji benih pecah.
..
Benih akan bercambahan apabila diberi tekanan bersama peatmoss yang tinggi nutrisi.
Cuma lihat pada jenis pokok yang anda tanam. Setiap pokok lain tempoh benih pecah dan bercambah.
Ada yang 3 hari, ada yang 7 hari, 14 hari, sebulan dua pun ada. Jadi, selamat mencuba!