Trivia Penanaman Organik: Penyimpanan Benih Tidak Terpakai
Biji benih yang telah dibuka bungkusan kedap udaranya perlulah disimpan ditempat sejuk. Kegagalan melakukan perkara ini akan mengakibatkan kadar percambahan benih jatuh.
..
Lazimnya, pembekal biji benih yang berkualiti akan menggunakan paket berbentuk kedap udara. Ini bagi menjamin kualiti percambahan biji benih.
..
Selepas anda buka bungkusan ini, cara yang betul untuk menyimpan baki yang tidak digunakan adalah didalam peti sejuk!
..
Letakkan ia didalam bekas dan tutup rapat. Kemudian, simpan ia dibahagian ‘chiller’ peti sejuk. Langkah ini akan dapat memastikan biji benih dapat digunakan lagi dimasa hadapan dan mempunyai kadar percambahan yang masih tinggi seperti ketika mula-mula dibeli.
..
Itu yang kadangkala faktor benih tidak menjadi. Banyak yang langkau langkah ini. Pening, pening, beli saja baru. Baru berapa ringgit kan?